hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jul 13, 2012

Sumbangan kita untuk Islam, susahkah?


cintakan Islam, Buktikan !

Salam'alaikum.

Pernah tak kita terfikir, sepanjang kita hidup di muka bumi ini, apakah sumbangan kita terhadap Islam dan Ummah? Adakah selama ini kita hanya menjadi makhluk yang menghabiskan oksigen sahaja?

Sumbangan kita pada ISLAM bukan hanya pada satu-satu bidang sahaja, segala kemahiran yang ada pada kita, gunakan ianya untuk memenangkan ISLAM. Kemahiran yang setiap orang ada, semuanya berbeza. Tidaklah Allah ciptakan perbezaan kemahiran kita hanyalah sia-sia. Semuanya bersebab !

Jangan banyak bagi alasan dari memberi sumbangan, orang yang "RASA" diri dia sudah hebat dalam PERJUANGAN, jangan pandai MENGKRITIK orang yang sumbangannya nampak KECIL, kerana nilaian HAKIKI milik ALLAH dan kerana ianya tetap BERJUANG.

************

Jika kita pandai buat AIR, buatlah air untuk memberi minum pada PEJUANG yang BERJUANG.

Jika kita pandai guna INTERNET, gunalah INTERNET untuk MENYEBARKAN DAKWAH DI ALAM MAYA.

Jika kita pandai PANJAT POKOK, panjatlah POKOK untuk meletakkan SYIAR-SYIAR ISLAM untuk dijulang tinggi.

Jika kita pandai BERCAKAP, bercakaplah untuk mengajak orang lain bersama dengan PERJUANGAN ISLAM.

Jika kita pandai guna KOMUTER, gunakanlah kepandaian itu untuk MEMENANGKAN ISLAM,

Jika kita pandai MENGAJAR, ajarkan ia pada anak didik untuk melahirkan UMMAH YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT.

Jika kita seorang DOKTOR, rawatlah pesakit sambil MENGAJAK KE ARAH ISLAM.

Jika kita tak pandai buat apa-apa, kita cuma ada banyak DUIT, maka SUMBANGKANLAH DUIT itu untuk ISLAM.


Kita bina Ummah. Agar ummah yang bakal kita lahirkan suatu hari nanti akan menjadi pembuka empayar Islam dan membangkitkan kembali kegemilangan Islam seperti yang pernah kita kecapi suatu masa dahulu !

***********

Berjuanglah dimana pun kita berada,
Berjuanglah dengan apa yang ktia ada,
Pedulikan orang yang tak memahami situasi kita,
Kerana jalan ini jalan Allah bagi pada kita,
Untuk kita dapat kasih dan Redha-Nya.
InsyAllah.



Sentiasalah muhasabah diri.

Pernah Abbas as-Sissi mengungkapkan harapan beliau,


"....Kiranya dapatku tahu bahawa kamu telah mempunyai ijazah, nescaya akan ku letakkan di antara dua tanganmu sekumpulan kitab-kitab yang penting, yang akan menjelaskan kepadamu apa yang kamu kehendaki. Tetapi apa yang aku harapkan sungguh-sungguh ialah supaya kamu berjaya terus terutama di dalam pelajaranmu kerana padanyalah akan diperolehi kejayaan untuk da'wah. 
Seorang saudara muslim itu wajib mempunyai kemahiran di dalam satu-satu jurusan hidup. Da'wah kita memerlukan ahli-ahli ikhtisas ilmiah yang mahir...."


sematkan ia sentiasa


"Ya Rabb jadilah apa yang aku pelajari adalah bermanfaat bagi agamaMu,
jadikanlah ilmu itu adalah ilmu yang mendekatkan aku padaMu,
dan bukakanlah pintu dakwah dari kecemerlangan pelajaranku,
bantulah ya Rabb"


Biar sumbangan nampak sedikit, asalkan di pandang Allah !
wallahu'alam.


*copy paste edit topup

Jun 16, 2012

Hakikat Cinta Seorang Pencinta.

 `
Meningkat umur perjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota. Hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan.

Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya. Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalana. Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.

Maha mengetahui Dia akan hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencintai, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya, hanya untukNya. Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yang terindah. Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia. Namun berapa ramai yang menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang merangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nasfu semata-mata.


"Cinta yang membuah ranum di dasar hati,

Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,

Namun tanpa baja, tanpa dijaga, 

Akar yang kukuh juga bisa rapuh,

Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,

Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,

Andai bunga yang indah berguguran sebelum kembang,

Manakan buah hendak masak memerah"


Begitulah hal tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresepikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mengundang serangga perosak. Buahnya meranum namun rasanya pahit. Akhirnya dibiar mati tidak peduli.




Sabda Rasulullah saw:
"Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. ketahuilah daging itu ialah HATI."
Riwayat Al-Bukhari.

Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia, hari esok tiada rasa. Hari ini dia milikmu, hari esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.

Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai. Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta. Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementar.

Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia. Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirNya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya. Masakan Allah yang Maha Penyayang besikap zalim. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.

"Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia, 
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa, 
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka, tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodoh manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta, 
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencintai keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan di Dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan."


"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.." (Imam Nawawi)




Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya. Allah akan memenuhi rindu hatinya, tiada lagi rindu buat duniawi yang akan binasa. Seseorang pencinta akan terlalu berfikri dan menyebut insan yang dicintai, ibarat tak mati di hati, tak lekang di bibir. Demikian adalah cinta untuk Iliahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redhaNya.


Hadis Qudsi :
Allah swt berfirman : "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang2 yang lebih baik dair kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadaNya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)

Ampuni aku, kasihi aku, tetapkan aku berada dijalanMu, aku ingin terus mencintaiMu ya Allah. T.T




*artikel asal. diedit dan diubah suai sedikit.
Sabtu,
16/6/12
7.30 am
Zagazig Ash-Sharqiah

Jun 10, 2012

Exam : YES!

Salam 'alaikum.
Terasa lama beno tak update. ^.^ Alhamdulillah. Selesai 2 Paper Final Exam pada minggu lepas, Physiology dan Biochemistry. 3 paper lagi menanti, Anatomy, Histology dan Psychology. People keep asking me, "How's your exam?". I was like "errr. no comment". Sejujurnya exam tahun ni agak susah memandangkan keempat-empat HOD (Head of department) bertukar mulai tahun ini dan format exam serta merta diperbaharui. Well, what I can say is, I had try my best for the previous exams. And I WILL do my best for the next coming exams. (The other 3 remaining paper).

muka sebelum start final exam. =p

Exam kali ini betul-betul menguji. Bukan takat menguji pada kertas peperiksaan tapi menguji diri bagaimana untuk 'handle' perasaan dan emosi yang berkecamuk dengan seribu satu rasa. Takut ada, cuak ada, semangat ada, tapi mostly rasa takut itu paling power.ceit.  -,- 
Hari berganti hari, I start thinking of myself how to handle it and mencari kekuatan dan ketenangan bagi menghilangkan keresahan, kecelaruan dan kekalutan. Pada waktu begini sangat memerlukan kata-kata semangat dan tazkirah dari orang sekeliling.


Kata kawan : Kau boleh Fatin, kau dah usaha, sekarang ni berdoa dan tawakal. Allah tahu apa yang terbaik. Don't expect for the worse, expect for the best. He always has His own way to help you. Yakin dengan Dia lagi hebat dari yakin dengan usaha. Allah, Dia juga mengambil kira lintasan hati. Usaha to your tiptop dan yakinlah Dia akan membantu, InsyaAllah, doaku bersamamu.

Kata umi : Takpe, yang lepas biar lepas. Sekarang fokus paper seterusnya. Buat elok2. Kalau kena reseat paper ke apa, itu kita cerita lain.

Kata abah : Biasalah tu kadang2 blank. Kita tak dapat jawab tu bukan sebab kita tak pandai, tapi kadang2 ilmu tu tiba-tiba taknak keluar waktu exam (blank), padahal kita tahu je benda tu. Abah dulu pun pernah macam tu jugak. <--- memahami betul. hehehe.

Kata sahabat baik : Tajdeed niat. We are struggling for Al-'Ilm, not for An-Natijah. Jangan anggap exam ni macam Tuhan. Kita belajar kerana cintakan Ilmu, bukan kerana exam semata.


PAP! Tersentak. yeah, first and formost, TAJDEED NIAT. Memang kita belajar kerana kita cintakan ilmu, tapi cuba renungkan balik, bila tiba musim exam adakah kita belajar kerana cintakan ilmu atau kerana exam. For me, dua-dua. Tetapi perlu diletakkan rasa cinta itu lebih tinggi. Moga-moga Allah berkati ilmu yang kita pelajari. 

Bila fikir balik, jadi blank tu mungkin sebab kita ada buat dosa dengan orang dan juga dengan Tuhan. Selalukan untuk solat sunat taubat dan meminta maaf dan memaafkan orang lain. Moga-moga Allah bukakan hati kita yang kian tertutup disebabkan dosa-dosa lalu. T.T [Minta maaf ye kalau ada buat salah silap.]


Faidza azamta fatawakkal 'alallah, Innallaha yuhibbul mutawakkilin.

"...apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal." (Al-Imran : 159)


Yang dilihat olehNya bukan sejauh mana hasil yang diperolehi tetapi 
sejauh mana usahamu, sejauh mana tawakalmu, dan sejauh mana pergantunganmu padaNya.
Maka, usahalah semampunya. 
Tapi jangan sekali kau berakidah dengan bahawa usahamu penentu kejayaan. 
Sandarkan usaha dan tawakal itu hanya padaNya.
 Kejayaan milik Allah, maka selayaknya kau pohon kepadaNya.



Pesan Kak Nik Mahabbah, Sebelum hantar paper, jangan doa "Ya Allah, bagi lah aku lulus." Tapi doa macam ni dulu, "Ya Allah, KASIHANILAH aku." Kita mohon Allah kasihankan kita dan kita mohon kasih sayang dari Dia. 

Ada lah 4 sekawan ni yang selalu sebut "INNALLAHA MA'ANA" almost everyday. Yakin dan percaya HE always with us :)


MOHON DOAKAN SAYA
&
KAWAN-KAWAN

Sunday,
6.50 am,
Az-zagazig As-sharqiah.
*tak tahu nak letak tajuk apa. >.<

May 1, 2012

Tips Hilangkan Stress Waktu Belajar

Bismillahirrahmanirrahim.

Counting days to final ~


"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa innaa ilaihi roji'uun' (Dari Allah kita datang kepada Allah kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

(Surah Al-Baqarah : 155-157)


*nak jadi doctor bukan takat lulus pada exam saja*


Bila dah nak dekat dengan exam ni, macam-macam ujian Dia bagi. Yeah, true enough. Lately ni asyik sakit kepala, ditambah dengan allergy mata. Say no to drugs. Aku nak stop makan ubat. Walau sakit pun kena tahan juga. Biar immune system dalam badan lawan sendiri. Ubat-ubat ni bukannya elok sangat pun. Banyak side effects. Baru-baru ni baru tahu ubat allergy yang dah almost 3 tahun aku makan, salah satu side effect nya is boleh menggemukkan dengan increase appetite. Wonder why! Ubat ni lah yang ditelan boleh kata tiap2 hari. Bila dapat tahu tu haaa, terdiam sekejap. :O <-- macam ni. hueh.

Erm, Alhamdulillah. Buat masa ni aku cuba untuk mengawal emosi dengan baik. Quite better right now. Hati kurang tenang, terlalu banyak fikir benda pelik-pelik, stress, yeah, maybe syaitan sedang berusaha untuk menstresskan lagi keadaan. Biasalah nak exam, siapa tak stress kan. (tapi ada sorang kawan ni, dia exam relax je. tak stress pun. memang bagus lah dia ni. kita tengok dia yang stress sebab relax je. kene berguru dengan dia ni. well, motivator kan) :)

Stress ni tak de lah nak kata 'senang' untuk buang jauh-jauh. Cuma boleh berusaha untuk cuba kurangkan sikit demi sikit. Ada sikit tips belajar. (saya bukan motivator, tapi just nak berkongsi untuk manfaat bersama)




1) Set mind belajar bukan kerana exam semata tapi kerana cintakan ilmu.


2) Before belajar ambil wuduk. Barulah kita duduk dalam keadaan bersuci. Dan insyAllah terhindar dari syaitansss. (plural sebab terasa banyak sungguh godaannya) huuu.


3) Doa. Doa lah dalam bahasa melayu pun tak apa. Biar faham apa yang kita doakan tu. Baca doa belajar, doa terang hati, dan doa mudah faham, etc.


4) Bersenam. ouh yeah, kat mesir ni perempuan mana nak bersenam sangat. Tapi its okay, just bersenam dalam bilik pun ok. Tengok youtube, banyak je senaman ringan buat dalam bilik. Lagi-lagi time exam ni kerja makan, belajar, tidur, ulang-ulang benda sama. Habis exam badan pun naik. (aku lah tu. keh3)


5) Susun jadual elok-elok. Tulis besar-besar tampal kat dinding countdown bila exam, subject apa, pukul berapa. So that korang tahu berapa lama lagi untuk exam. Tak delah nanti sehari sebelum exam baru terkejut beruk lebih dari beruk. ngee ~


6) Bela binatang. Do you know that bela binatang boleh hilangkan stress? Kalau kat malaysia aku bela kucing (sekarang dah innalillah), tapi kat sini tak boleh. Sebab rumah aku ventilation tak berapa bagus, takut housemate kena bronchitis. Belai-belai binatang, cakap dengan binatang, mampu menghilangkan stress. Tak percaya? Cubalah. (Jangan terkejut tiba-tiba binatang tu balas balik apa yang korang cakap) hehe.

"Playing with puppies and kittens has been proven to relieve stress and help students perform better on tests." -facts.


7) Dalam buku medic tak ajar tentang drugs yang paling mujarab untuk mengubat hati, dan penenang jiwa. Nak tahu DRUGS PENENANG JIWA yang paling mujarab? Ubatnya ialah AL-QURAN. Luangkan sedikit masa, baca Al-Quran semuka dua, insyAllah tenang.

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'd : ayat 28)


8) Beruzlah lah. Haa amende tu? Uzlah maksudnya "pengasingan". Mengasingkan diri dari hiruk pikuk dan sewaktu dengannya. Duduk, fikir, muhasabah diri, istighfar, etc. Dan cuba kita fikirkan, kadang kenapa susah sangat ilmu tu nak masuk. Mesti ada something wrong dengan hati kita. Check balik.


9) Hablum minAllah wa hablum minannas. Iaitu, jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia.


10) Duduk dengan kawan-kawan yang kuat study. Automatik kita akan terus amik buku study sekali. :)


*credit to Zahida M92 for the photo*


Memang benar kadang emosi kita terganggu. Tapi kita perlu berusaha untuk mengawalnya. Emosi ni, jika bukan diri sendiri yang kawal, siapa pulak nak kawal kan? (cakap untuk diri sendiri juga -,-) Dan kadang dalam keadaan begini, sebenarnya kita memerlukan perhatian dan sokongan dari orang lain. (ouh yeah, aku kalau nak exam ni sangattt lah jadi Attention Seeker) ngee~ Harap fahamlah ye. huu.

I think that's all. Apa yang baik dalam tulisan ni ambil, apa yang tidak, mohon maaf, buang jauh-jauh ea. Ouh ya! yang penting, USAHA + DOA + TAWAKAL. Result tu belakang kira. Sandarkan keyakinan dan harapan kepada Allah. All the best guys! :)


*my new pet. tapi macam sakit je :(
ada congenital anomalies ke apa? huu.


2nd year Medical Student University of Zagazig, Egypt 2011/2012.

Moga Allah Redha.
Tue, 1 May 12.
2.17 am.
Az-Zagazig.