hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Dec 19, 2011

Just Keep Going !

Bismillahirrahmanirrahim



Bila mana ujian datang menerpa,
Bagaikan tidak mampu untuk ku bertahan,
Semangat tenggelam lemah tak terdaya,
Ku berbisik inilah dugaan.


Firman Allah,
"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia datangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha kuasa atas segala sesuatu." (Al-An'am ayat 17)


Maka, seandainya jiwamu hebat diduga, hatimu pula hebat diuji, jangan sesekali terlintas untuk berputus asa, mahupun kecewa hingga berputus asa dari rahmatNya. Sesungguhnya segala-galanya adalah terbaik buatmu meskipun kadangkala ianya sangat pahit untuk dirasai.

Jangan berasa sedih dan kecewa dengan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi di dunia ini. Meskipun kesusahan dan kesulitan itu terlalu pahit untuk dirasai, namun sedarilah bahawa pahit dalam kehidupan itu bukanlah satu kesalahan, kerana dengan adanya rasa pahitlah kita peka terhadap sesuatu kemanisan.

Ingatlah, kita tidak akan selamanya berada di atas. Hidup ini ibarat roda. Seandainya kita sentiasa merasa manis, sudah tentu lama kelamaan kita akan mudah bosan dan puas, hingga rasa syukur kita kepada Allah Ta'ala semakin terhakis. Maka sebab itulah Allah takdirkan 'kepahitan' itu hadir kepada seseorang hambaNya. Sebenarnya adalah suatu bentuk keuntungan, selagimana dia bersikap POSITIF terhadapnya.

Serahkanlah sepenuh jiwamu dan segala urusanmu kepada Tuhan yang telah menciptakan seluruh alam, kerana Dia mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Yakinlah bahawa adanya kemudahan setelah kesusahan dan ada kenikmatan setelah adanya penderitaan.

Allah..
Pimpinlah diriku,
Bangkit meneruskan langkah perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata,
Padamu ku meminta,
Segalanya dari Mu.



kenali dan fahami diri sendiri sebelum mengenali orang lain.



Matlamat perlu jelas. Kejar impian anda. Be POSITIVE.
Take it easy. Moga SUKSES dunia akhirat.



Terima kasih kepada anda.
20.12.11
12.42 am

Dec 18, 2011

Husnul Khotimah atau Su'ul Khotimah?

Bismillahirrahmanirrahim.




Pada suatu masa dahulu, ada dua orang lelaki. Mereka adalah saudara kandung. Mereka dilahirkan dalam keluarga yang taat pada agama. Namun perilaku mereka berbeza.

Yang tua, sejak kecil dikenali sebagai budak yang baik, alim, dan ahli ibadah. Tidak suka menyakiti orang lain, tidak suka huru-hara, tidak pernah menyentuh minuman keras apalagi meminumnya. Waktu mudanya banyak dihabiskan di masjid. Dia juga tidak suka bergaul dengan wanita yang bukan mahramnya. Pernah dia dipujuk rayu oleh sepupu perempuannya, namun dia teguh dalam keimanannya. Kerana amal yang baik dan akhlaknya yang mulia, dia dicintai oleh keluarga dan masyarakat.

Berbeza dengan adiknya, sejak kecil dikenali sebagai budak nakal. Sejak remaja dia sudah biasa melangkahkan kaki ke tempat maksiat. Rumah pelacuran menjadi tempat biasa ia kunjungi. Hampir setiap hari dia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat. Adakala dia merompak, malah turut memperkosa kanak2 kecil. Hampir segala maksiat dan perbuatan menjijikkan telah dia lakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatan jahatnya itu membuat dirinya dibenci oleh keluarga dan masyarakat.

Suatu hari si abang yang alim dan rajin beribadat merenung sendirian. Tiba2 nafsunya berkata padanya :

"Sejak kecil selalu berbuat kebaikan dan beribadat. Kau telah mendapat dihati masyarakat dan dikenali sebagai orang baik. Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun. Kenapa tidak sekali kau datang ke tempat pelacuran. Sekali sahaja. Setelah itu kau boleh bertaubat. Kau boleh beristighfar beribu kali dalam solat tahajjud. Bukankah Allah SWT Maha Pengampun?"

Sementara itu, dirumah pelacuran adiknya merenung :

"Sudah bertahun-tahun aku hidup dengan dosa. Macam2 maksiat telah aku lakukan. Keluarga dan masyarakat telah membenciku. Kenapalah aku tidak berbuat baik seperti abangku? Bagaimana jika esok aku mati? Bagaimana aku harus bertaubat atas dosa2ku? Malam ini selepas maghrib, aku ingin kemasjid tempat abangku selalu beribadat. Aku mahu bertaubat. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa2ku"

Maka setelah malam menjelma, mereka pun melaksanakan niat masing2. Si abang menuju ke rumah pelacuran setelah solat maghrib manakala si adik menuju ke masjid dan meninggalkan rumah pelacuran itu.

Sampai di tempat pelacuran, si abang mencari adiknya. Namun tidak menjumpainya. Si abang tetap melaksanakan niatnya walaupun adiknya tiada. Dia menuruti segala keinginan nafsunya bersama penari2 di rumah pelacuran itu.

Sesampainya si adik ke masjid, dia mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Dia mencari cari abangnya tetapi tiada. Dia meneruskan niatnya meskipun abangnya tiada. Dia melakukan solat dan beristighfar sebanyak banyaknya dengan bercucuran air mata.

Tiba2 bumi bergoncang dengan kuat !

"Keluar ! Ada gempa ! Ada gempa !" Jerit orang di jalan. Semua panik ! Tetapi si adik sedang khusyuk beribadat tidak berganjak dari tempatnya. Demikian juga si abang yang sedang seronok dan asyik di rumah pelacuran. Dia sama sekali tidak merasakan gempa tersebut. Gempa bumi itu menyebabkan masjid dan rumah2 roboh.

Keesokan harinya, si abang di temui mati dibawah rumah pelacuran disampig wanita2 dalam keadaan yang sangat memalukan. Sedangkan si adik ditemui mati di bawah runtuhan masjid dengan mashaf Al-Quran di dalam dakapannya.

Masyarakat yang tahu ehwal kedua adik beradik ini menitiskan air mata. Mereka tidak henti2 berfikir, mengapa orang yang selama ini dikenali ahli ibadat mati dalam cara yang demikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat mati dalam keadaan baik.


Demikianlah kisah dua beradik yang dapat memberi pengajaran yang sangat berharga bahawa kematian menjemput kita pada bila2 masa sahaja bila Allah menghendakinya. Ingatlah wahai teman, jangan sekali kali menurut hawa nafsu. Siapa tahu saat kita menurut hawa nafsu berbuat kemungkaran, saat itulah Malaikat Izrail pencabut nyawa datang menjemput. Na'uzubillahiminzalik. Niat harus dijaga berserta tindakan dalam setiap yang kita lakukan. Berdoalah agar Allah menganugerahkan pengakhiran hidup yang indah dan diredhai.



اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan Iman, dan akhirilah hidup kami dengan Husnul Khotimah (mati dalam keadaan baik). Amiin.


Dec 16, 2011

Bicara Hati 1



Andai satu hari nanti,
Kita ditakdirkan bersama,
Melayari bahtera kehidupan,
Usah kau impikan selaut sutera keindahan,
Usah kau igaukan kasih yang menggunung tanpa puncak,
Juga usah kau harapkan kesempurnaan diri ini.


Aku bukan Siti Khadijah, Mahupun permata Siti Fatimah,
Aku bukan Siti Aisyah, Mahupun ummul mukminin lain,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah, wanita sufi terpuji,
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, Sumaiyah.


Mengertilah dengan kewarisan keislaman,
Aku hanyalah wanita akhir zaman,
Yang cuba mempertahankan maruah,
Dan kesucian diri sebagai muslimah,
Berlandaskan garisanNya,
Dalam mengharungi kegawatan masa kini,
Yang serba palsu dan penuh onak duri,
Dengan kemampuan sekuman cuma.


Aku tidaklah sempurna,
Mengharapkan kehadiranmu nanti,
Menyempurnakan kehidupan kita,
Bimbinglah aku ke jalanNya,
Membawa kecintaan lebih kepadaNya.


Demi keranaNya semata,
Tidak kutagih apa2 darimu,
Cuma kupohon sebuah pengertian,
Dan kasih sayang suci,
Bahawa aku adalah amanat untukmu,
Andai ditakdirkan kita bersama....


"Saya belum tentu menikahi orang yang saya cintai,
tapi saya akan mencintai siapa pun yang akan saya nikahi."





mata masih tak mahu lelap.
jumaat.
2.47 am.
Az-zagazig, Egypt.

Adab menuntut ilmu


"Susahnya subjek ni"

"Kenapa aku susah sangat nak faham apa yang cikgu ajar ni?"

"Baca banyak kali pun tak faham2. Malaslah baca lagi"

"Aku dah belajar sungguh2. Tapi kenapa result masih tak elok?"


Selalu dengar keluhan seperti ini? Setiap perkara dalam kehidupan kita telah Allah dan Nabi saw ajarkan adab2nya. Termasuk juga adab menuntut ilmu. Moga bermanfaat. :)


1. Memohon kepada Allah akan ilmu yang bermanfaat
Kita harus memohon kepada Allah ilmu yang bermanfaat dan berlindung kepada ALLAH dari ilmu yang tidak bermanfaat
Rasulullah senantiasa berdoa sehabis shubuh dengan doa :
"Ya ALLAH aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amal yang diterima".

Dan Rasulullah pun mengajarkan kepada kita doa untuk berlindung dari 4 hal ;
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak pernah khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak dikabulkan". ( HR Muslim )

2. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.
Jabir ra berjalan ke Mesir untuk belajar sebuah hadits Rasulullah
Imam Ahmad berkeliling dunia sebanyak dua kali untuk mencari ilmu, dari Baghdad ke Yaman, kepada Imam Abdur Razaq

Menurut Imam Syafi'i, ilmu tidak akan didapatkan selain dari 6 perkara, sbb :
a.
Adz-dzakatun ( kepintaran/cerdik ) IQ
b.
Al Hirsun ( kemahuan ) KQ
c.
Ijtihad ( Sungguh-sungguh/kesungguhan ) KQ
d.
Bulghotun ( Ada bekal/mampu ) BQ
e.
Irsyadu Al Ustadzin ( Ada bimbingan ustaz ) EQ
f.
Kullu zaman ( berproses, makan waktu ), sampai kita wafat SQ
g. saya tambah, TAWAKAL TQ

3.
Tarqul Ma'asyi ( Menjauhkan diri dari dosa dan maksiat )
Penghalang dari mendapatkan ilmu dan keberkahan ilmu.
Imam Syafii pernah bertanya kepada Imam Waqi', mengapa hafalannya menurun, jawabannya tinggalkanlah maksiat.
Ketahuilah bahwa ilmu itu cahaya ALLAH, dan cahayaNya tidak akan diberikan kepada ahlul maksiat.
Ad-Dunya sijnul mukmin wa jannatul kafir, Dunia ini penjaranya orang mukmin dan surganya orang kafir.

4. Tidak boleh malu dan tidak boleh sombong
Nabi pernah memuji wanita-wanita anshar, kerana tidak malu bertanya tentang persoalan mereka. bak kata orang melayu, Malu bertanya sesat jalan.

5. Al Amal ( Mengamalkan Ilmu)
pepatah arab ada menyatakan. "Al 'ilmu bila 'amalin kashshajari mina tsamarin" ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.

6. Al-Ikhlas
niatkan diawal setiap sesuatu yang dilakukan adalah lillahi ta'ala.


p/s : Menuntut ilmu wajib keatas setiap muslim.