hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jan 26, 2009

Al-Quran Menjawab!


KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI??

QURAN MENJAWAB :
"Apakah menusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja dengan mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APE YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216-


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286-


KITA BERTANYA : KENAPA AKU FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139-

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45-


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
-Surah At-Taubah ayat 111-


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129-


KITA BERTANYA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!!!!

QURAN MENJAWAB :
".......... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12-


---> colours of SETIABUDI bulletin '08

Jan 20, 2009

The Value of TIME

masa itu emas !


To realize the value of one year:
Ask a student who has failed a final exam.

To realize the value of one month:
Ask a mother who has given birth to a permature baby.

To realize the value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of one minute:
Ask a person who has missed the train, bus or plane.

To realize the value of one second:
Ask a person who has survived an accident.

To realize the value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the olympics.

Time waits for no one....

Treasure every moment you have....


SURAH AL-'ASR

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

1. By Al-'Asr (the time) 2. Verily, man is in loss. 3. Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth, and recommend one another to patience..


sumber : colours of SETIABUDI bulletin '08

Jan 18, 2009

Sikap Takbur

sifat takbur ade dalam diri manusia..
kte sbgai manusia biase harus mengikis sikap ini..
Imam Al-ghazali ada mencatatkan 5 cara untuk mengikis sikap takbur dlm diri iaitu:


1) apabila bersua dgn kanak2, anggaplah die lbh bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding dgn diri kita..

2) apabila kite bersua dgn org tua, anggaplah dia lebih mulia drpd kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah..

3) apabila bersua orng alim, anggaplah beliau lbh mulia drpd kita kerana beliau lebih mulia drpd kite kerana bnyk ilmu yg diketahui tetapi kita belum mengetahuinya..

4) apabila bersua dgn orng jahil, anggaplah dia lebih mulia drpd kite kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu..

5) apabila bersua dgn orng kafir katakanlah dalam hati bahawa suatu hari mungkin diaa akan insaf dan memeluk Islam dan diampunkan oleh Allah swt sedangkan kita yg tgh Islam sejak lahir terus menerus melakukan dosa.. banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan..


sama2 kite renungkan.. dan muhasabah diri kita.. sy juga akan berusaha untuk mengubah diri sy.. Allah tidak akan mengubah diri kite slagi kte x mngubah diri kita sndr.. smoga kite sntiase didalam bimbingan dan rahmatnya.. amin..

Jan 17, 2009

Syeikh Ahmad Yassin

Syeikh Ahmad Yassin: Bapa Intifadah Palestin

Dilahirkan di daerah Wilayah Asqalan, beliau dihalau keluar dari kampung halaman dan berhijrah ke Semenanjung Gaza diusia seawal 10tahun (1948). Bermula dari situlah beliau tinggal bersama - sama ibunya serta seorang lagi saudaranya mula menetap di Gaza. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehingga disayangi oleh para guru di sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliau mengalami kecederaan ketika melakukan riadhah di pantai yang mengakibatkan beliau lumpuh pada bahagian kaki. Namun, kelumpuhan tersebut tidaklah melumpuhkan semngat beliau dalam pelajaran mahupun aktiviti islam.

Disebabkan kesempitan hidup, beliau menangguhkan pelajaran selama lebih kurang 3 tahun untuk membantu keluarga. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964. Namun begitu, setelah 2 tahun, beliau dipenjarkan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan kerana penglibatan beliau dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu.

Sepulangnya beliau ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza dan juga menjadi guru Bahasa Arab. Dengan waktu yang singkat, beliau begitu terkenal dikalangan penduduk Gaza dengan khutbah - khutbahnya terutama berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.
Beliau juga merupakan pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih. Beliau banyak mendidik golongan muda dengan ajaran islam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin berkembang di Gaza pada tahun 1969 - 1970.

1973 - Penubuhan Mujamm' al Islam ( Akdemi Islam) yang merupakan sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan para pelarian Palestin.

1982 - Penubuhan Al Mujahidun Al Filastiniyun yang merupakan gerakan jihad Palestin.
Pada tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim dengan tuduhan memiliki senjata api dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara selama 13 tahun. Namun begitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama lebih kurang 11 bulan hasil pertukaran tahanan diantara pihak PLO dan pihak rejim.

Setelah melihat keadaan negara - negara Arab yang mula tidak bersemangat untuk membebaskan Palestin, juga pihal PLO yang mula bertolak ansur dengan pihak rejim, beliau menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) pada tahun 1987. Kebanyakan ahli adalah merupakan pemuda - pemuda yang sangat dekat hati mereka dengan masjid. Nyata pergerakkan ini memberi impak yang besar kepada pihak rejim dan dikenali sebagai Intifadah.
Pihak Zionis mula merasa bahang pergerakkan ini dan natijahnya, pada Ogos 1988, beliau dihalau ke selatan Lubnan manakala rumah beliau dirobohkan. Tidak cukup dengan itu, pada 18 Mei 1989 beliau dan ratusan ahli HAMAS yang lain dipenjara oleh pihak Zionis kerana telah membunuh tentera - tentera dan komando -komando Israel. Sekali lagi, hukuman penjara selama 15 tahun dijatuhkan ke atas beliau. pada 16 Oktober 1991 atas sabit kesalahan mebunuh, menculik dan menyerang tentera Zionis.

Sungguh menyedihkan apabila akibat penahanan tersebut, kesihatan beliau mula terjejas. Beliau telah lumpuh seluruh badan kecuali kepala, hilang penglihatan sebelah kanan dan kabur di sebelah kiri, juga masalah pendengaran akibat tekanan dan penderaan selama di dalam penjara. Beliau juga sering menghidap jangkitan paru - paru dan abdomen sepanjang tempoh tersebut.
Pada 1 Oktober 1997, hasil rundingan pertukaran tawanan antar pihak Jordan dan Zionis telah membebaskan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau ditukar dengan 2 perisik rejim ditangkap setelah gagal dalam cubaan membunuh Ketua Biro Politik Hamas di Amman, Jordan.
Sejurus pembebasan, beliau kembali aktif dalam memimpin HAMAS. September 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadah ke - 2 setelah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon mencemar Masjidil Aqsa bersama 200 tentera. Kesannya amat besar pada pihak rejim. Penentangan setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur menyebabkan pihak rejim terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk meredakan menentangan tersebut termasuk membunuh orang - orang awam dan membunuh pejuang dan pemimpin Palestin.
Kesannya, ramai pemimpin HAMAS yang telah syahid dibunuh oleh pihak rejim. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut. Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dengan usaha untuk mebunuh beliau namun dengan kuasa Allah SWT, nyata usaha tersebut gagal.

Namun, pada subuh 22 Mac 2004 sekali lagi mereka berusaha untuk membunuh beliau ketika beliau dalam perjalanan dari masjid. Sungguh, Allah telah memakbulkan doa beliau untuk mati sebagai seorang syahid. Betapa dunia menyaksikan ketakutan dan kekejaman rejim Zionis hanya kepada seorang lelaki berkerusi roda, yang hanya mampu menggerakkan kepala. 3 bedilan roket dilancarkan hanya untuk membunuh lelaki selemah ini. Sungguh, semangat beliau tidak memerlukan tubuh yang sasa untuk menakutkan musuh.

Semoga berbahagia engkau As Syahid di sisi Allah.
Marilah mengambil pengajaran dari kisah ini… as-syahid ahmad yasin sudah menempah satu tempat di syurga ats usaha2 yg dilakukan beliau… apekah usaha kita? inilah as-syahid ahmad yassin, siapakah pula kita?




http://forum.malakat92.com/index.php?showtopic=2425
Syeikh Ahmad Yassin - Where 92's Meet