hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jan 17, 2009

Syeikh Ahmad Yassin

Syeikh Ahmad Yassin: Bapa Intifadah Palestin

Dilahirkan di daerah Wilayah Asqalan, beliau dihalau keluar dari kampung halaman dan berhijrah ke Semenanjung Gaza diusia seawal 10tahun (1948). Bermula dari situlah beliau tinggal bersama - sama ibunya serta seorang lagi saudaranya mula menetap di Gaza. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehingga disayangi oleh para guru di sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliau mengalami kecederaan ketika melakukan riadhah di pantai yang mengakibatkan beliau lumpuh pada bahagian kaki. Namun, kelumpuhan tersebut tidaklah melumpuhkan semngat beliau dalam pelajaran mahupun aktiviti islam.

Disebabkan kesempitan hidup, beliau menangguhkan pelajaran selama lebih kurang 3 tahun untuk membantu keluarga. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964. Namun begitu, setelah 2 tahun, beliau dipenjarkan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan kerana penglibatan beliau dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu.

Sepulangnya beliau ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza dan juga menjadi guru Bahasa Arab. Dengan waktu yang singkat, beliau begitu terkenal dikalangan penduduk Gaza dengan khutbah - khutbahnya terutama berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.
Beliau juga merupakan pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih. Beliau banyak mendidik golongan muda dengan ajaran islam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin berkembang di Gaza pada tahun 1969 - 1970.

1973 - Penubuhan Mujamm' al Islam ( Akdemi Islam) yang merupakan sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan para pelarian Palestin.

1982 - Penubuhan Al Mujahidun Al Filastiniyun yang merupakan gerakan jihad Palestin.
Pada tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim dengan tuduhan memiliki senjata api dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara selama 13 tahun. Namun begitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama lebih kurang 11 bulan hasil pertukaran tahanan diantara pihak PLO dan pihak rejim.

Setelah melihat keadaan negara - negara Arab yang mula tidak bersemangat untuk membebaskan Palestin, juga pihal PLO yang mula bertolak ansur dengan pihak rejim, beliau menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) pada tahun 1987. Kebanyakan ahli adalah merupakan pemuda - pemuda yang sangat dekat hati mereka dengan masjid. Nyata pergerakkan ini memberi impak yang besar kepada pihak rejim dan dikenali sebagai Intifadah.
Pihak Zionis mula merasa bahang pergerakkan ini dan natijahnya, pada Ogos 1988, beliau dihalau ke selatan Lubnan manakala rumah beliau dirobohkan. Tidak cukup dengan itu, pada 18 Mei 1989 beliau dan ratusan ahli HAMAS yang lain dipenjara oleh pihak Zionis kerana telah membunuh tentera - tentera dan komando -komando Israel. Sekali lagi, hukuman penjara selama 15 tahun dijatuhkan ke atas beliau. pada 16 Oktober 1991 atas sabit kesalahan mebunuh, menculik dan menyerang tentera Zionis.

Sungguh menyedihkan apabila akibat penahanan tersebut, kesihatan beliau mula terjejas. Beliau telah lumpuh seluruh badan kecuali kepala, hilang penglihatan sebelah kanan dan kabur di sebelah kiri, juga masalah pendengaran akibat tekanan dan penderaan selama di dalam penjara. Beliau juga sering menghidap jangkitan paru - paru dan abdomen sepanjang tempoh tersebut.
Pada 1 Oktober 1997, hasil rundingan pertukaran tawanan antar pihak Jordan dan Zionis telah membebaskan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau ditukar dengan 2 perisik rejim ditangkap setelah gagal dalam cubaan membunuh Ketua Biro Politik Hamas di Amman, Jordan.
Sejurus pembebasan, beliau kembali aktif dalam memimpin HAMAS. September 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadah ke - 2 setelah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon mencemar Masjidil Aqsa bersama 200 tentera. Kesannya amat besar pada pihak rejim. Penentangan setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur menyebabkan pihak rejim terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk meredakan menentangan tersebut termasuk membunuh orang - orang awam dan membunuh pejuang dan pemimpin Palestin.
Kesannya, ramai pemimpin HAMAS yang telah syahid dibunuh oleh pihak rejim. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut. Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dengan usaha untuk mebunuh beliau namun dengan kuasa Allah SWT, nyata usaha tersebut gagal.

Namun, pada subuh 22 Mac 2004 sekali lagi mereka berusaha untuk membunuh beliau ketika beliau dalam perjalanan dari masjid. Sungguh, Allah telah memakbulkan doa beliau untuk mati sebagai seorang syahid. Betapa dunia menyaksikan ketakutan dan kekejaman rejim Zionis hanya kepada seorang lelaki berkerusi roda, yang hanya mampu menggerakkan kepala. 3 bedilan roket dilancarkan hanya untuk membunuh lelaki selemah ini. Sungguh, semangat beliau tidak memerlukan tubuh yang sasa untuk menakutkan musuh.

Semoga berbahagia engkau As Syahid di sisi Allah.
Marilah mengambil pengajaran dari kisah ini… as-syahid ahmad yasin sudah menempah satu tempat di syurga ats usaha2 yg dilakukan beliau… apekah usaha kita? inilah as-syahid ahmad yassin, siapakah pula kita?




http://forum.malakat92.com/index.php?showtopic=2425
Syeikh Ahmad Yassin - Where 92's Meet

2 comments:

~najah najihah~ said...

salam ziarah...
syukran di atas info yg bpengetahuan,,
barakallahufik...!!

Ikhwan Muslimun said...

Salam.berkunjung sebentar.
Info yang bagus.