hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Apr 22, 2011

Syeikh Ahmad Yassin

Syeikh Ahmad Yassin: Bapa Intifadah Palestin

Dilahirkan di daerah Wilayah Asqalan, beliau dihalau keluar dari kampung halaman dan berhijrah ke Semenanjung Gaza diusia seawal 10tahun (1948). Bermula dari situlah beliau tinggal bersama - sama ibunya serta seorang lagi saudaranya mula menetap di Gaza. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehingga disayangi oleh para guru di sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliau mengalami kecederaan ketika melakukan riadhah di pantai yang mengakibatkan beliau lumpuh pada bahagian kaki. Namun, kelumpuhan tersebut tidaklah melumpuhkan semngat beliau dalam pelajaran mahupun aktiviti islam.

Disebabkan kesempitan hidup, beliau menangguhkan pelajaran selama lebih kurang 3 tahun untuk membantu keluarga. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964. Namun begitu, setelah 2 tahun, beliau dipenjarkan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan kerana penglibatan beliau dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu.

Sepulangnya beliau ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza dan juga menjadi guru Bahasa Arab. Dengan waktu yang singkat, beliau begitu terkenal dikalangan penduduk Gaza dengan khutbah - khutbahnya terutama berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.

Beliau juga merupakan pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih. Beliau banyak mendidik golongan muda dengan ajaran islam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin berkembang di Gaza pada tahun 1969 - 1970.

1973 - Penubuhan Mujamm' al Islam ( Akdemi Islam) yang merupakan sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan para pelarian Palestin.

1982 - Penubuhan Al Mujahidun Al Filastiniyun yang merupakan gerakan jihad Palestin.
Pada tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim dengan tuduhan memiliki senjata api dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara selama 13 tahun. Namun begitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama lebih kurang 11 bulan hasil pertukaran tahanan diantara pihak PLO dan pihak rejim.

Setelah melihat keadaan negara - negara Arab yang mula tidak bersemangat untuk membebaskan Palestin, juga pihal PLO yang mula bertolak ansur dengan pihak rejim, beliau menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) pada tahun 1987. Kebanyakan ahli adalah merupakan pemuda - pemuda yang sangat dekat hati mereka dengan masjid. Nyata pergerakkan ini memberi impak yang besar kepada pihak rejim dan dikenali sebagai Intifadah.
Pihak Zionis mula merasa bahang pergerakkan ini dan natijahnya, pada Ogos 1988, beliau dihalau ke selatan Lubnan manakala rumah beliau dirobohkan. Tidak cukup dengan itu, pada 18 Mei 1989 beliau dan ratusan ahli HAMAS yang lain dipenjara oleh pihak Zionis kerana telah membunuh tentera - tentera dan komando -komando Israel. Sekali lagi, hukuman penjara selama 15 tahun dijatuhkan ke atas beliau. pada 16 Oktober 1991 atas sabit kesalahan mebunuh, menculik dan menyerang tentera Zionis.

Sungguh menyedihkan apabila akibat penahanan tersebut, kesihatan beliau mula terjejas. Beliau telah lumpuh seluruh badan kecuali kepala, hilang penglihatan sebelah kanan dan kabur di sebelah kiri, juga masalah pendengaran akibat tekanan dan penderaan selama di dalam penjara. Beliau juga sering menghidap jangkitan paru - paru dan abdomen sepanjang tempoh tersebut.

Pada 1 Oktober 1997, hasil rundingan pertukaran tawanan antar pihak Jordan dan Zionis telah membebaskan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau ditukar dengan 2 perisik rejim ditangkap setelah gagal dalam cubaan membunuh Ketua Biro Politik Hamas di Amman, Jordan.

Sejurus pembebasan, beliau kembali aktif dalam memimpin HAMAS. September 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadah ke - 2 setelah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon mencemar Masjidil Aqsa bersama 200 tentera. Kesannya amat besar pada pihak rejim. Penentangan setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur menyebabkan pihak rejim terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk meredakan menentangan tersebut termasuk membunuh orang - orang awam dan membunuh pejuang dan pemimpin Palestin.

Kesannya, ramai pemimpin HAMAS yang telah syahid dibunuh oleh pihak rejim. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut. Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dengan usaha untuk mebunuh beliau namun dengan kuasa Allah SWT, nyata usaha tersebut gagal.

Namun, pada subuh 22 Mac 2004 sekali lagi mereka berusaha untuk membunuh beliau ketika beliau dalam perjalanan dari masjid. Sungguh, Allah telah memakbulkan doa beliau untuk mati sebagai seorang syahid. Betapa dunia menyaksikan ketakutan dan kekejaman rejim Zionis hanya kepada seorang lelaki berkerusi roda, yang hanya mampu menggerakkan kepala. 3 bedilan roket dilancarkan hanya untuk membunuh lelaki selemah ini. Sungguh, semangat beliau tidak memerlukan tubuh yang sasa untuk menakutkan musuh.

p/s: Semoga berbahagia engkau As Syahid di sisi Allah.
Marilah mengambil pengajaran dari kisah ini… as-syahid ahmad yasin sudah menempah satu tempat di syurga ats usaha2 yg dilakukan beliau… apakah usaha kita? inilah as-syahid ahmad yassin, siapakah pula kita?

Sahabat


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang menciptakan langit dan bumi, yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.

Aku bersyukur kerana aku lahir dalam keluarga Islam.. Dibesarkan dengan didikan agama.. :)
Kadang2 aku malu sebab aku lupa yang Allah sentiasa bersama aku. Sungguh jahil diri ini. Saat aku sedih, Saat aku rasa tiada siapa memahami perasaan diriku, Allah sentiasa bersamaku, mendengar rintihan hatiku. "Innallaha ma'as sobirin". sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.

Dugaan, cabaran dan ujian mengajar erti kehidupan dan mematangkan diri. Sungguh indah takdirMu, dalam kesedihan yang aku lalui, kini kau pertemukan aku dengan sahabat2 yang membawa aku lebih dekat denganMu. Aku sayang mereka. Berilah persahabatan kami ini kekal hingga ke akhirnya. Didunia dan dikahirat. Berilah kejayaan kepada kami, cantikkan lah akhlak kami, peliharalah kami dari sebarang maksiat. aku bersyukur padaMu ya Allah. terima kasih ya Allah~

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan telah tiada. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakun ramai sabahat, semakin aku percaya pada diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya. InsyAllah.


Apr 15, 2011

perjalananku

salam alaik~

sedar tak sedar rupanya dah nak habis tahun 1.. exam dah semakin hampir.. syllabus ade lg tak hbs, revision dekat kelas pun belum start.. argh! rasa sangat tertekan.. owh ya, lupa nak update blog masa mula2 sampai sini.. meh aku cerita sikit pasal my new life dekat negara orang..

11/3/2010
tarikh keramat dalam alam remajaku. tarikh dimana kehidupan baru aku akan bermula ; result SPM 2009~ yeah. inilah dia. syukur alhamdulillah, aku dpt result cemerlang walaupun aku tak berjaya dapatkan straight As. dalam 13 subjek, hanya dpt 9A.. pada zahirnya aku rasa gembira, tp sbnrnya aku rasa sedih sbb xdpt ape yang aku inginkan.. tapi xpelah.. mungkin Allah nak uji..

12/3/2010
pagi2 lagi mak ayah aku suruh bersiap sebab nak pergi daftar untuk mohon belajar luar negara.. kami pergi ke rumah agensi tu di bangi ; Akademi Quran Medic Malaysia (AQM).. alhamdulillah dengan result aku tu membolehkan aku amik medic di timur tengah, iaitu zagazig, mesir.

19/9/2010
masa yang ditunggu tunggu tiba.. pukul 10.30 pg aku berlepas ke bahrain, transit 3 jam then baru ke mesir. 1st time naik gulf air..

kat sini, bermula kehidupan baru aku.. tanpa keluarga disisi, tanpa kawan2 lama.. kat sini kena berdikari, semua buat sendiri.. dan kat sini bermula dapat kawan baru.. 2 bulan pertama aku ada konflik dengan housemate.. bulan seterusnya aku keluar dan tinggal dengan senior sekolah. dan bulan seterusnya sampai skarang aku pindah lg ke rumah lain, di kafr dzin. i'm the only one 1st year dlm rumah tu. sorng tahun 2, dan sorng lg tahun 3..
kholas! malas nak cerita pasal konflik. bek g makan corn flakes lg best. haha. lg pun semua dah settle. xperlu di simpan lama2 dalam hati. nant berkulat pula. ahaks.

baik2.. balik ke pangkal cerita.. xsampai sebulan pun lagi dah nak exam.. aku kene berusaha lebih lagi untuk dapatkan mumtaz.. doakan aku berjaya keyh.. aku akan doakan jugak rakan2 aku berjaya.. dunia dan akhirat.. semoga Allah permudahkan urusan kita semua.. amin.. insyaAllah.. cukup stakat ni. SELAMAT BELAJAR!! :)

Apr 9, 2011

tetttt~

assalamualaikum...
setelah lama menyepi, rupa-rupanya dah 2 tahun xupdate blog ni..
xsangka banyak jugak aku tulis..
kadang2 tu tergelak sorang2 tengok apa yang aku tulis masa zaman2 sekolah dulu.. hehe..
nanti ada masa aku update blog ni keyh?
khud billak semua.. salam.. :)