Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang menciptakan langit dan bumi, yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.
Aku bersyukur kerana aku lahir dalam keluarga Islam.. Dibesarkan dengan didikan agama.. :)
Kadang2 aku malu sebab aku lupa yang Allah sentiasa bersama aku. Sungguh jahil diri ini. Saat aku sedih, Saat aku rasa tiada siapa memahami perasaan diriku, Allah sentiasa bersamaku, mendengar rintihan hatiku. "Innallaha ma'as sobirin". sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.
Dugaan, cabaran dan ujian mengajar erti kehidupan dan mematangkan diri. Sungguh indah takdirMu, dalam kesedihan yang aku lalui, kini kau pertemukan aku dengan sahabat2 yang membawa aku lebih dekat denganMu. Aku sayang mereka. Berilah persahabatan kami ini kekal hingga ke akhirnya. Didunia dan dikahirat. Berilah kejayaan kepada kami, cantikkan lah akhlak kami, peliharalah kami dari sebarang maksiat. aku bersyukur padaMu ya Allah. terima kasih ya Allah~
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan telah tiada. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakun ramai sabahat, semakin aku percaya pada diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya. InsyAllah.
1 comment:
syg ko jugak..ko jgn sedih2 tau..da pape share la dgn aku..aku xksh pn..kalau aku bleh tlg,aku tlg..kalau x,aku bwt dek jela..haha..yg pasti,jgn pendam sorg2 k..ukhuwah fisabilillah..^-^
Post a Comment