hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jun 28, 2011

HISTOLOGY 2

bismillahirrahmanirrahim.

tinggal satu hari saje lg before exam written histology.

buku masih x habis lg. (tgh baca lagi nih)

ramai orng kata, histo ni ssh.

sbb kita blaja cell2 yang kita xnampak dlm badan kita.

walaupun ada gambar, tp still ssh nak bayang.

structure kene ingt satu2. function lagi.

nucleus die bentuk apa, oval ke round ke. kat peripheral ke center ke. single ke multinucleated ke.

fuhh.... plz give me strength ya Allah.

HISTO SENANG. HISTO SENANG. HISTO SENANG.

rabbuna yusahhilna..

insyaAllah.

*_*

HISTOLOGY 1

bismillahirrahmanirrahim.

written histo lg 2 hari.

tapi.....

buku nye x habis lg baca.

apatah lg buat past year.

Ya Allah.

plz give me a stregth.

berikan aku semangat yang makin hari makin jatuh.

berikan aku kekuatan yang makin hari makin lemah.

plzzz...

perlukan seseorang yang boleh bg kata2 semangat.

be strong ikah. be strong! i know u can!

:(

apakah histology akan jadi nightmare mcm paper2 sblm ni?

NA'UZUBILLAH.


*sangat sedih.
*faktor luar.

Jun 25, 2011

Sedarlah, Hidup Ini Indah

Dia datangkan pelangi selepas hujan. :)


Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, Allah sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, Allah mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, Allah telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..

Hidup ini indah jika bersama Allah.

Jun 24, 2011

Dia Sentiasa Bersamamu


Bismillahirrahmanirrahim.

Saat kau tidak mengerti maksud Tuhan, cubalah memilih untuk percaya.

Saat kau tertekan penuh kekecewaan, cubalah memilih untuk bersyukur.

Saat rencana hidupmu tidak berjalan dengan sempurna, cubalah memilih untuk berserah, bukan menyerah.

Saat putus asa melingkupimu, cubalah memilih tetap maju dan berjalan bersama Allah S.W.T


Jun 23, 2011

Ustazah Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim


Baru-baru ini, muslimah-muslimah di Malaysia digembar-gemburkan dengan program realiti TV yang baru, “Ustazah Pilihan”. Kata mereka (penerbit), untuk mencari ikon muslimah sejati. Dengan ramalan sehangat sambutan Imam Muda, saya yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini.


'Ustazah Pilihan' merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru akan muncul di Astro Oasis.


Tujuan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memaparkan para muslimah yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati. Pendek kata, mana-mana 'ustazah' yang memenangi program realiti TV ini bakal dilihat seperti ‘bidadari dunia’, sempurna untuk hati seorang lelaki.

Bagi saya, program ini sama sekali tidak sesuai. Bukan kerana identiti syiar Islam tidak suka dipertonton, tapi menyalahi konsep seorang muslimah yang penuh dengan sifat Al-Haya (Pemalu). Bagi saya :


1. Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : "Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita....".


Dalam konteks ini, muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya. Perhiasan yang cantik, jika ditontoni pasti mengundang bahaya. Bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…), bahkan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi 'title' muslimah itu sendiri.


Silap hari bulan, suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal kerana ketokohan, tetapi terkenal dengan kata-kata begini : “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”


2. Muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.


Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?


3. Rancangan ini tidak mahu tidak ia sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati. Muslimah bukan lah perempuan murahan. Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama.

Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia? Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya. Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan. Tetapi, apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…


KESIMPULAN


Seorang muslimah mudah masuk syurga apabila beliau taat pada Allah dan taat pada suaminya. Tidak perlu digilapkan dirinya menjadi pendakwah yang terbaik setanding muslimin kerana apabila ia mengundang kemurkaan suami, telah jadi fitnah ke atas dirinya, tetap tidak masuk syurga.


Bagi muslimin pula, itu adalah tugas kita menjadi pendakwah yang baik. andai menjadi suami yang baik untuk si isteri, tetapi tidak berusaha untuk menjadi pendakwah yang terbaik, kita mungkin boleh masuk syurga, tetapi kita BERPELUANG JUGA DI TARIK KE NERAKA KERANA TIDAK TAHU MACAM MANA NAK MENJADI ‘IMAM’ (Pemimpin ummah) MUDA YANG SEBENAR… Nauzubillah.


P/S :(Diambil dr sebuah blog ---dan kata penulis blog itu adalah seperti berikut :


Ada antara rakan sekerja mengusik : “Aku nak tengoklah rancangan tu.. Nak cari jodoh”.

" Jika saya, mana-mana muslimah yang masuk rancangan tu, memang ‘automatic reject’ dari list ;)"

"Memang kena reject orang yang join bende ni, xkan la kita nak kawin dengan pompuan yang jadi bahan borak orang ramai. Eee..tak tenang hidup aku"


*facebook badar dakwah rohani

Jun 22, 2011

Nak Balik Malaysia

bismillahirrahmanirrahim.

hmm. aku still rasa takut dengan result yg bakal keluar.

tarikh nak balik malaysia xtahu lagi.

maybe aku ikut izzati balik.

nak book tiket? hmm... belum masanya.

ya Allah. plz give me strength.

berikanlah result yang terbaik.

nak balik nak balik nak balik.

NAK BALIK MALAYSIA.

;(

p/s: homesick dah ni.

Dalam Hati Siapa Yang Tahu


Hati…


Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?


Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.


Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.


Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”



Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.


Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?


Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.


Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.


Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.


Sabda Rasulullah Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)



Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir

Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin



Sumber: Dalam Hati Siapa Yang Tahu | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/dalam-hati-siapa-yang-tahu/#ixzz1PxcKiXCI

Macam Mana Exam?

Bismillahirrahmanirrahim.. salam 1 agama.

Alhamdulillah aku dah habis 3 subjek exam. anatomy, biochemistry, physiology. 2 lagi subjek bakal menyusul 8 hari lg. histology dan english.
sungguh, aku xtahu nak cakap ape bile terkenang kan exam yang lepas.


ANATOMY

practical : banyak careless bab tulang. masa diberi untuk setiap speciment hanya 1 minit. 1 minit tu la nak belek tulang/organ/mayat/x-ray. soalan pulak ada 2. xsempat nak belek betul2.

written : walaupun ada 3 soalan xdapat jawab dari 9 dan markah nye sangat banyak, tapi alhamdulillah xde tinggal kosong. aku dah buat yang terbaik. itu yang aku mampu.

oral : alhamdulillah semua soalan dijawab dengan betul.



BIOCHEMISTRY

practical : alhamdulillah ok. sebab boleh bawa masuk paper scheme.

written : Allah.... xtahu la nak ckp mcm mana. banyak x dapat jawab sbnrnye. tapi xtinggal kosong. masa mula2 dapat paper, aku blank. tgk orng kiri, tgk org kanan, tgk org depan. dah start tulis. aku tgk paper. berusaha untuk keluarkan ape yang baca dan ingt. aku pandang paper dengan perasaan berdebar. tangan x bergerak. rasa takut. cuak. xpernah aku jadi blank mcm ni spenajang exam yang aku lalui dalam hidup.

oral : alhamdulillah. syukur sngt2 dapat doctor yang baik. dan dapat jawab dengan bagus. cuma ada la dalam 2 soalan xdapat jawab. aku senyum kat doctor dan geleng kepala. sebab aku jawab laju, jadi soalan nya pun banyak. dan habis dalam masa 2 minit. thx to Allah sngt3.



PHYSIOLOGY

practical : alhamdulillah dapat jawab semuanya. dan dapat buat experiment dengan baik. dari 3 soalan, 1 soalan aku hentam. malangnye hentam2 salah. huhu. berserah je la.

written : paper physio adalah paper killer. paper ni lah buat aku sangat3 down. banyak soalan yg aku salah jawab tertukar dengan jawapan lain. benda yang aku selalu baca, aku xingt. betapa frust nye aku.

oral : oral kene soal 2 doctor. doctor pertama die bg 5 soalan. aku hanya dapat jwb 2 soalan je. sangat teruk!!! next doctor kedua pulak alhamdulillah dapat jawab semua dengan baik.


ya Allah... buat pertama kalinya aku rasakan takut sangat dengan exam. buat pertama kalinya aku rasa aku berada dibawah. andai exam ini membuatkan aku mendapat kegagalan, ini adalah kegagalan pertama aku dalam exam sepanjang hidup. NA'UZUBILLAH. AKU XNAK GAGAL YA ALLAH.

Ya Allah.... aku takut sangat. andai ini ujian yang KAU berikan kat aku, aku yakin, aku pasti ada hikmah disebaliknya. next exam histology dan english. moga najah.

usaha sudah. buat sebaik mungkin sudah. sekarang aku perlu doa dan tawakal. insyaAllah.

to SITI FATIHAH, JUWAIRIYAH RAIHANAH, IZZATI SALLEH, dan semua 1st year zagzig, kita doa dan tawakal setelah kita usaha sungguh2.
take care.
wasalam.

p/s : ada rezeki aku balik malaysia. kalau x, x balik.