Bismillahirrahmanirrahim
Baru-baru ini, muslimah-muslimah di Malaysia digembar-gemburkan dengan program realiti TV yang baru, “Ustazah Pilihan”. Kata mereka (penerbit), untuk mencari ikon muslimah sejati. Dengan ramalan sehangat sambutan Imam Muda, saya yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini.
'Ustazah Pilihan' merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru akan muncul di Astro Oasis.
Tujuan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memaparkan para muslimah yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati. Pendek kata, mana-mana 'ustazah' yang memenangi program realiti TV ini bakal dilihat seperti ‘bidadari dunia’, sempurna untuk hati seorang lelaki.
Bagi saya, program ini sama sekali tidak sesuai. Bukan kerana identiti syiar Islam tidak suka dipertonton, tapi menyalahi konsep seorang muslimah yang penuh dengan sifat Al-Haya (Pemalu). Bagi saya :
1. Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : "Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita....".
Dalam konteks ini, muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya. Perhiasan yang cantik, jika ditontoni pasti mengundang bahaya. Bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…), bahkan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi 'title' muslimah itu sendiri.
Silap hari bulan, suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal kerana ketokohan, tetapi terkenal dengan kata-kata begini : “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”
2. Muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.
Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?
3. Rancangan ini tidak mahu tidak ia sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati. Muslimah bukan lah perempuan murahan. Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama.
Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia? Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya. Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan. Tetapi, apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…
KESIMPULAN
Seorang muslimah mudah masuk syurga apabila beliau taat pada Allah dan taat pada suaminya. Tidak perlu digilapkan dirinya menjadi pendakwah yang terbaik setanding muslimin kerana apabila ia mengundang kemurkaan suami, telah jadi fitnah ke atas dirinya, tetap tidak masuk syurga.
Bagi muslimin pula, itu adalah tugas kita menjadi pendakwah yang baik. andai menjadi suami yang baik untuk si isteri, tetapi tidak berusaha untuk menjadi pendakwah yang terbaik, kita mungkin boleh masuk syurga, tetapi kita BERPELUANG JUGA DI TARIK KE NERAKA KERANA TIDAK TAHU MACAM MANA NAK MENJADI ‘IMAM’ (Pemimpin ummah) MUDA YANG SEBENAR… Nauzubillah.
P/S :(Diambil dr sebuah blog ---dan kata penulis blog itu adalah seperti berikut :
Ada antara rakan sekerja mengusik : “Aku nak tengoklah rancangan tu.. Nak cari jodoh”.
" Jika saya, mana-mana muslimah yang masuk rancangan tu, memang ‘automatic reject’ dari list ;)"
"Memang kena reject orang yang join bende ni, xkan la kita nak kawin dengan pompuan yang jadi bahan borak orang ramai. Eee..tak tenang hidup aku"
*facebook badar dakwah rohani
No comments:
Post a Comment