hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Feb 14, 2012

Pelajaran Dari Sebuah PIRAMID


"Bagusnya anak Pak Mat, sekarang dah jadi arkitek berjaya."

"Hebat lah kau ambil medic. Lepas ni mesti ada klinik sendiri."

"Amboi Zul, dah ada syarikat besar ea sekarang, makin bercurah-curah rezeki kau ye"


we need each other. we belong to each other. we need comunity in our lives.


Manusia Suka Bermegah.

Jangan bermegah jika berada pada pangkat dan jawatan yang tinggi kerana kita masih memerlukan orang yang dibawah untuk menguruskan hal-hal kita. Jangan kita bersedih dan lemah jika kita berada di tahap yang bawah, kerana orang yang di atas masih memerlukan kita. Sebenarnya masing-masing mempunyai peranan dan fungsinya. Tak semestinya yang di atas itu mulia, yang dibawah itu hina. Cuma yan membezakan antara kita semua adalah nilai TAQWA di dalam diri masing-masing kerasa TAQWA lah yang menjadikan seseorang itu mulia di sisi Allah SWT.

Ingat, walau sehebat manapun sesuatu kerjaya yang kita pegang, setinggi manapun jawatan dan kedudukan kita dikalangan insan, namun jangan sesekali bermegah dan hidup dalam kebanggaan.


Tidak layak berbangga !

Seorang doktor tidak layak berbangga dan bermegah dengan jawatannya, kerana tanpa jururawat sudah pasti dia akan mengalami kesulitan untuk mengubati pesakit.

Seorang jurutera tidak layak berbangga dan bermegah dengan jawatannya, kerana tanpa juruteknik dan mekanik sudah pasti dia akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan urusan kerjanya.

Seorang arkitek tidak layak berbangga dan bermegah dengan jawatannya, kerana tanpa tenaga buruh, sudah pasti dia akan mengalami kesusahan untuk menyudahkan projeknya.

Seorang pengurus besar tidak layak berbangga dan bermegah dengan jawatannya, kerana cukuplah jika tanpa kerani dan setiausaha, sudah pasti dia tidak mampu menguruskan segala hal berkait dengan urusannya.

Begitulah semua pekerjaan besar, sebenarnya masih mengharap orang yang dibawah untuk membantunya. Dan orang bawah pula janganlah sombong kerana kita juga memerlukan orang di atas untuk mendapat peluang pekerjaan.


Saling memerlukan.

Sebenarnya cukuplah jika tiada petani dan nelayan. Cuba kita bayangkan jika tiada petani dan nelayan, adakah orang yang berpangkat besar dapat menikmati ikan dan sayur-ssayuran? Jika tiada peniaga, adakah kita mampu mendapatkan segala keperluan? Tanpa pekerjaan yang berpanas terik membina jalanraya, adakah kita mendapat kemudahan jalanraya yang baik? Tanpa tukang kayu, adakah kita masuh boleh mendiami sebuah rumah?

Jadi perlukan untuk kita merasakan 'besar' dan 'mulia' berbanding mereka?

Hakikatnya mereka itu sangat penting meskipun mereka berada di bawah.


Ambil Pelajaran Dari Sebuah PIRAMID



Takkan bernama PIRAMID jika tiada puncaknya. Dan takkan berdiri kukuh jika tiada tapaknya. Masing-masing menyokong untuk menjadikannya sebuah PIRAMID yang kukuh, stabil, dan sempurna. Begitulah kehidupan kita, masing-masing saling memerlukan untuk membentuk kehidupan yang sempurna dan terbaik.

Tiada hak dan layak untuk kita merasakan kelebihan atau 'istimewa'nya diri daripada pihak lain, kerana kita juga masih memerlukan mereka untuk menjalani kehidupan yang sempurna.

Kadangkala bila kita diberikan kesenangan, kita mudah lupa dari mana datangnya kesenangan itu. Kita mudah lupa kepada pencipta kita. Kita berbangga dengan apa yang ada. Pada hakikatnya itu semua hanyalah pinjaman yang Allah berikan kepada kita. Itulah manusia, makin diberi kesenangan, semakin lalai, lupa dan leka. Sama-sama peringat diri kita, agar tidak terus leka dilambung ombak kesenangan. Wallahualam.


Tue
14/2/12
4.30 pm
Az-Zagazig


2 comments:

WeloveIslam said...

Maka.. ingatlah bahawa manusia itu saling memerlukan.. semuanya sama, cuma yang hebat apabila seseorang itu memiliki iman dan taqwa yang sebenar-benarnya didalam jiwanya.. wallahu'alam

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam... Benar semuanya itu tetapi kebenaran itu tak dapat dirasai jika gagal menempuhi ujian. Ujian dialam pelajar sangat amat berbeza nanti ketika berada bersama masyarakat. Disitu kita akan lulus atau gagal dan baru kita mempelajari dan mengkaji kembali apa yang kita ucapkan hari ini Doktor biasanya, eatak keelitannya yang menghijab diri mereka dengan orang bawahan... pesakit berhingus, kudis berlendir dibawah....mungkin kerana janji kewangan yang selesa boleh memantapkan kesabaran. Wallahu a'lam