"Syoknya pelajar2 yang ada tajaan, mewah2. Duit banyak, boleh jalan sana sini. Kita yang tak ada apa2 ni tengok jelah" kata sahabat saya.
"Tak pelah, rezeki masing2 kan. Allah dah tetapkan itu rezeki dia, rezeki kita adalah tu di tempat lain."
smile :)
Bagi mereka yang masih tidak mendapat apa2 tajaan, keluhan seperti ini sering kali kedengaran. Kadang2 timbul rasa kasihan pada mak ayah kerana masih bersusah payah menanggung yuran University dan kos sara hidup di sini. Lebih2 lagi jika mereka yang mempunyai adik beradik yang ramai. Namun sering kali memujuk hati ini supaya bersyukur dan bersabar. Bertaqwalah kepada Allah. Teringat saya pada Firman Allah SWT yang bermaksud :
"...Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya (dari segala perkara yang menyusahkan). Dia memberinya rezeki arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
(At-Talaq ayat 2-3)
so people, be thankful to Allah
Janganlah pula terlalu melihat kebahagiaan dan kelebihan orang lain daripada apa yang kita miliki waktu ini. Kelak akan kehilangan kesyukuran kepadaNya..
Jangan menunggu kesenagan dan kemewahan barulah berhasrat melakukan kebaikan. Kelak akan membawa diri hidup dalam kealpaan dunia.
Janganlah pula menantinya musibah dan ujian barulah diri berhajat dan bersungguh-sungguh mendekati Tuhan. Kelak akan hilang arah tujuan didalam jiwa.
Kerana jikalau bergitulah sikap kita, bererti kita sendiri ingin mempercepatkan datangnya kesedihan dan kekecewaan dalam kehidupan..
Maka bersyukurlah apa yang sudah dimiliki saat ini, dan hargailan setiap apa yang ada pada diri. Sesungguhnya sesuatu yang dalam genggaman tak mustahil akan diambil kembali, dan sesuatu yang diimpikan belum pasti akan dimiliki. Jadi, hargailah sebaik mungkin apa yang sudah ada disisi dan pergunakanlah masa di saat ini sebaik mungkin.
Bersyukurlah, jikalau ada saat kita terleka dan alpa, kembalilah semula kepada Allah Ta'ala. Sesungguhnya setiap saat, sebenarnya adalah satu kewajipan bagi ktia untuk bersyukur kepadaNya. Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian dimuka bumi dan Kami adakan bagimu dimuka bumi itu (sumber) penghidupan. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."(Al-A'raaf ayat 10)
"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit kamu bersyukur." (Al-Mukminun ayat 78)
listen to this song. kata2 yang sangat bermakna dan membuka mata.
Wed
25/1/12
10.21 pm
11°C
Az-Zagazig
No comments:
Post a Comment