Kenapa harus bersedih dan berdukacita kerana dunia?
Kenapa hendak kecewa dan putus asa kerana dunia?
Kenapa perlu lemah dan hilang semangat kerana dunia?
Kenapa perlu iri hati dan hasad dengki kerana dunia?
Kenapa harus kita menjadi gelisah dan resah kerana dunia?
Sedangkan DUNIA itu adalah SEMENTARA..
Usirkanlah segala kesedihan dan kedukaan.
Hilangkanlah segala kekecewaan dan putus asa.
Luputkanlah perasaan lemah dan hilang semangat.
Dan binasakanlah sifat iri hati dan hasad dengki dalam diri.
Dengan menyedari hakikat kita hidup di dunia ini adalah sementar, kerana belum tentu kita dapat hidup keesokan harinya.
Maka, kenapa harus semua itu wujud didalam diri kita semata-mata kerana dunia? Kenapa perlu semua itu tersemat di dalam hati kita hanya kerana dunia?
Ingatlah bahawa kita hanya MENUMPANG sahaja di dunia ini, maka lalui dan hadapilah apa sahaja yang Allah telah tentukan keatas hidup kita. Manfaatkanlah setiap saat di dunia dengan kebaikan dan kebajikan meskipun keadaan dan situasi kita yang kekadang tidak mengizinkan untuk berbuat demikian..
TERSENYUMLAH.. Sesungguhnya Allah sentiasa menilai iman dan taqwa kita terhadapNya.. Subhanallah..
Pandanglah langit dan lautan Allah Ta'ala yang sangat luas, yang tersimpan segala macam rahsiaNya. Sangat indah dan damai apabila melihatnya, begitulah juga hati kita merasai damai apabila kita redha dengan memandang segala-galanya pasti ada rahsia dan kebaikan yang telah Allah tetapkan buat hamba-hambaNya. Allahualam. :)
p/s : moga post kali ini memberi manfaat bersama. InsyaAllah..
Wed
1.15 am
14 March 2012
Az-Zagazig As-Syarqiah
*WeLove Islam
No comments:
Post a Comment