Wahai kaum hawa,
Kita cuma An-Nisa,
Para pendosa yang terbanyak di Neraka.
Lantas walau tak setabah para mujahidah,
Namun tabahlah pada ketetapan Allah,
Kerana padanya ada Syurga.
Walau tak semulia para wanita sirah,
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara,
Kerana padanya ada pahala.
Walau tak sesabar para wanita solehah,
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyiksa,
Kerana padanya ada bahagia.
"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah."
-Hadis Riwayat Muslim
| Jumaat. 6/4/12. 10.41 pm. Az-zagazig.
No comments:
Post a Comment