hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jun 16, 2012

Hakikat Cinta Seorang Pencinta.

 `
Meningkat umur perjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota. Hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan.

Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya. Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalana. Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.

Maha mengetahui Dia akan hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencintai, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya, hanya untukNya. Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yang terindah. Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia. Namun berapa ramai yang menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang merangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nasfu semata-mata.


"Cinta yang membuah ranum di dasar hati,

Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,

Namun tanpa baja, tanpa dijaga, 

Akar yang kukuh juga bisa rapuh,

Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,

Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,

Andai bunga yang indah berguguran sebelum kembang,

Manakan buah hendak masak memerah"


Begitulah hal tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresepikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mengundang serangga perosak. Buahnya meranum namun rasanya pahit. Akhirnya dibiar mati tidak peduli.




Sabda Rasulullah saw:
"Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. ketahuilah daging itu ialah HATI."
Riwayat Al-Bukhari.

Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia, hari esok tiada rasa. Hari ini dia milikmu, hari esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.

Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai. Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta. Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementar.

Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia. Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirNya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya. Masakan Allah yang Maha Penyayang besikap zalim. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.

"Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia, 
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa, 
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka, tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodoh manusia ada ditangannya.
Saudaraku tercinta, 
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencintai keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan di Dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan."


"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.." (Imam Nawawi)




Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya. Allah akan memenuhi rindu hatinya, tiada lagi rindu buat duniawi yang akan binasa. Seseorang pencinta akan terlalu berfikri dan menyebut insan yang dicintai, ibarat tak mati di hati, tak lekang di bibir. Demikian adalah cinta untuk Iliahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redhaNya.


Hadis Qudsi :
Allah swt berfirman : "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang2 yang lebih baik dair kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadaNya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)

Ampuni aku, kasihi aku, tetapkan aku berada dijalanMu, aku ingin terus mencintaiMu ya Allah. T.T




*artikel asal. diedit dan diubah suai sedikit.
Sabtu,
16/6/12
7.30 am
Zagazig Ash-Sharqiah

1 comment:

ir.SuRayA said...

Semoga hadirnya insan,membawa diriku kepada cinta Allah.. Cinta yg tulus.. Yg kekal abadi..