hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Apr 29, 2012

Bangkit


Suasana bilik sunyi. Sepi. Hanya kedengaran jam berdetik. Masa berlalu sangat pantas, jam menghampiri 12 tengah malam. Aku melihat kalender dihadapanku.

"Hurrm, lagi 10 hari untuk Final Exam" bisik hati kecil ku.

Lagi 10 hari, dah tak lama. Debaran kian terasa. TAKUT.


Dalam minggu ni, emosi agak terganggu. Sebab nak exam mungkin. Tahun ni 5 subjek. PHYSIOLOGY, BIOCHEMISTRY, ANATOMY, HISTOLOGY, PSYCHOLOGY. Jika nak dibandingkan dengan pelajar medic di university lain, aku yakin university aku saja punya subjek paling sikit. Satu persolan timbul dalam fikiran aku. 



AKU BELAJAR UNTUK APA? 

Actually soalan ni sepatutnya dah lama perlu ada jawapan. Tapi perlu dipersoalkan berulang kali supaya sentiasa ingat. "Belajar kerana kita cintakan ilmu, bukan kerana semata-mata untuk lulus exam" Allah... terkesan dengan kata-kata Prof. Muhaya. Memang sepanjang kita belajar adalah kerana kita nak kan ilmu itu, tapi  kadang2 timbul juga dalam fikiran "aku belajar untuk lulus exam".

Beberapa hari lepas chat dengan umi.


Umi : "dah nak exam ni study lebih sikit."

Me : "study.. stress lah. ~.~"

Umi : "relax la, masa kecik dulu tak sabar nak exam."

Me : "itu dulu, sekarang lain."

Umi : "Jangan sampai macam tu. Buat macam Aya (adik no 2). Relax je dapat 4A masa UPSR dulu. Siap tulis dalam blog lagi. Dia tak kisah sebab dia dah usaha."

Me : "Mana ingat dia relax macam mana dulu. -,-" Huu, tahun ni kalau tak lepas satu subjek tak boleh naik tahun."

Umi : "Yeke, doa banyak2, buat solat hajat, dan solat sunat yang lain."


Hurm, sejak kecil, disebabkan aku anak pertama, pressure itu tetap ada. Sebab aku perlu menjadi contoh kepada adik2, dan juga harapan umi dan abah. Ingin memberikan terbaik untuk mereka, membuatkan mereka tersenyum. Tersenyum riang kerana kejayaan aku.



BERSANDAR PADA SEMANGAT?

Terbaca satu post di blog 'Aiqah. Berkenaan 





Selama ni aku juga bersandar pada 'semangat' untuk belajar. Rupanya aku silap!





Jangan kita bersandar pada s
emangat kerana semangat itu ada pasang surut, tak teguh, rapuh, fleksibel. Nak berjaya kene sandarkan pada yang tetap, teguh, kuat!



Sandarkan pada harapan, usaha dan segalanya kerana DIA. Iman akan menggerakkan semangat dan segalanya, tapi kalau semangat saja tak cukup nak menggerakkan. Jangan sandarkan pada semangat semata-mata. Jika permulaanya adalah benar, pengakhirannya juga insyAllah benar. Mulakan dengan bismillah. NIAT ITU PENTING.



TAJDID NIAT

Pesan seorang sahabat,
"Belajar itu bukan semata-mata kerana exam, kau punya matlamat yang lebih jauh. Maka bila kau belajar, usaha itu adalah perlu tapi bukan semata-mata kerana exam. Usahalah kerana DIA, kerana mengejar pahala jihad, kerana mencari keredhaanNya. Dengan itu barulah studymu itu punya makna! Barulah kau tidak lemas dalam usaha!"


*Muqoror Anatomy*


DOA

Beberapa doa yang bagus untuk dikongsi. Doa yang diajarkan oleh Dr. Jamnul Azhar sewaktu program motivasi di zagazig.

"Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kemudahan untuk aku memahami apa yang aku belajar, kuatkanlah ingatanku, dan ku mohon, kau simpankanlah apa yang aku hafal baik2 disisi-sisiMu. Dan ku mohon Kau kembalikanlah ketika aku berhajat kepadaMu."

*******

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna :

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Makdusnya : "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir denganMu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih."

*******

Doa memohon kejayaan cemerlang :

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

Maksudnya : "Ya Allah, kami memohon daripadaMu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada', dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."


*study histology*


***************


Bila rasa tertekan, ambil wudu', tunaikan solat sunat 2 rakaat, baca Quran semuka dua.
InsyAllah akan lebih tenang.


p/s : aku juga insan biasa, kadang inginkan kata2 semangat dan sokongan dari insan2 sekeliling.


Moga Allah redha.
Saturday, 12.36 am,
29/4/2012,
Az-zagazig.


4 comments:

Anonymous said...

moga segalanya berjalan lancar. amiin :D

Dr. Atikah said...

syukran anynomus. mohon doa dan sokongan.

::RnR:: said...

Allah yassir wala tuassir..

Insyallah boleh! >.< mesti buat yang terbaik. dan doakan aku juga.

ir.SuRayA said...

ika sayang.. buat yg terbaik k ;)study dengan tenang, don't stress..