hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Apr 12, 2012

Cara Mendidik Si 'Kecil'


Bismillahirrahmanirrahim.

Sedikit perkongsian dan pesanan kepada ibu-ibu, ayah-ayah, pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, dan juga bakal suami dan bakal isteri. Jom baca!


mana satu lebih sedap mata memandang? :)


Wahai para ibu, para bapa, kakak2 dan abang2,

Jangan ajarkan anak kamu bagaimana untuk MENARI,
Tetapi ajarkan dia bagaimana untuk menunaikan SOLAT,
Agar dia tahu sejak kecil,
Solat itu Tiang Agama.

Jangan ajarkan anak kamu bagaimana untuk MENYANYI,
Tetapi ajarkan dia bagaimana untuk MEMBACA AL-QURAN,
Agar dia tahu sejak kecil,
Al-Quran itu Penyuluh Kehidupan.

Jangan ajarkan anak kamu berhias dengan 'MAKEUP' yang tebal2 dan pakaian yang menggalakkan mata2 lelaki melihatnya,
Tetapi ajarkan dia berhias dengan HIJAB,
Agar dia tahu sejak kecil,
Tentang Batas2 Aurat Wanita.
Yang cantik tertutup indah, lagi sejuk mata memandang.

Jangan biarkan anak kamu menjadikan artis2 sebagai ROLE MODEL,
Tetapi ajarkan dia untuk mengambil isteri2 Nabi, anak2 Nabi, dan para mujahidah sebagai contoh Muslimah yang patut diikuti,
Agar dia tahu sejak kecil,
Hebatnya para mujahidah yang berjuang
& hidup berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.


my little & youngest brother :)

Ingatlah, kita semua akan/sudah menjadi ayah dan ibu suatu hari nanti. Dan kita akan ditanya tentang apa yang kita ajarkan pada anak-anak kita pada Hari Perhitungan kelak, apakah perkara yang kita ajarkan itu bertepatan dengan syariat Islam atau tidak? Pada waktu itu, apakah yang akan kita jawabkan pada DIA?

Kata Saidina Umar,
"Didiklah anak kamu, seiring dengan zamannya, dan bukan di zaman kamu".
Seiring2 juga, Islam jangan kita tinggalkan dibelakang. Wallahu'alam. :)



| Khamis. 12/4/12. 6.46 pm. Az-Zagazig.

*sumber : FB. ditranslate, diedit dan ditambah.

No comments: