hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Sep 19, 2009

ramadhan berlalu, syawal menjelma

sedar x sedar, ramadhan sudah pun berlalu.. kini tiba pula syawal.. di kesempatan ini, aku nakucapkan..

  • SELAMAT HARI RAYA 'AIDILFITRI.
  • maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap.
  • jgn main mercun, nanti cedera. :)
  • semoga bergembira di hari yang indah ini.
  • kepada SPM candidates '09, raya2 jugak, study jgn lupa. :P
  • berhati-hati di jalan raya (pesan pada siapa yg memandu). pandu cermat, jiwa selamat. ingatlah orng yg tersayang. :)


Trial SPM '09

selama 3 minggu otak aku sibuk berfikir untuk trial.. dan memerah segala isi2 maklumat yang dah dibace sblm g trial.. pergh.. mmng penat.. takut sngt trial.. sbb result trial sngt berguna.. tp dlm masa kita serius dan cuak exam trial, ada jugak beberapa hamba Allah kat sekolah aku ni yg buat2 mcm x kisah tentang trial.. yg paling teruk nye, ramai yang ponteng exam trial yang sngt penting ni.. dah la tuh, 1st day trial exam BM pun x dtg.. dorng ingt bleh suka2 nak amik atau x ke.. ish, x faham betul dgn prangai kwn2 yg masih x sedar2 lg.. nak kate dah tegur, mmng dah berbuih cikgu nasihatkan dorng..

1st day trial mmng cuak.. mmng kebiasaannya aku akan takut sngt2 nak msk dewan peperiksaan.. tp lepas kertas 1 BM, aku dah ok dah.. hehe.. ni jadual trial skolah aku.. em soalan trial aku x guna soalan ppd..

ni lah jadualnya.. aku amik 13 subjek.. jumlah paper yg diambil, em 28 paper kot.. huhuhu.. penat.. harap2 aku dpt mencapai target aku.. amin..
kepada kwn2 aku yg len, harap korng dpt result yg gempak ok..
kalo ade yg x brape ok, msh belum terlambat lg untuk mencapai target.. erm.. lambat aku update blog ni.. bz sngt slame 3 minggu.. :)

Jun 27, 2009

minggu best~!

salam..
xtahu nak update ape sbnrnya.. hehe..
em nak tahu ape yg best nye??
minggu ni kami form 5 n form 3 gi lawatan ke Arkib Negara dan bangunan Parlimen..
bertolak pukul 8 lbh gitu.. smpai je arkib ade brief skit..
1st time msk arkib negara.. excited tuh..
budak2 form 3 amik bahan untuk dorng nye kerja kursus..
form 5 plak g library.. kalo la ade peluang, nak je tgk bilik simpanan khazanah2 lama..
pastu ktorng g pameran.. pstu g mkn.. agak best la sbb mkn free.. sdp lak tu.. hahaha..
pukul 1 ktorng bertolak untuk ke masjid wilayah untuk solat zohor..
smpai je masjid trus solat then g mkn.. :)

lbh kurang dlm pukul 3 ktorng sampai di bangunan parlimen..
ade jugak skolah lain yg pergi..
kitorng dpt tgk ahli2 parlimen bersidang kat dewan rakyat..
1st time msk tmpat tuh.. best jgak..
rasenye mcm nak berdebat skali je.. hehehhe..
hah~ hp tidak dibenarkan bawa msk.. jadi hp2 sume bg kat cikgu..
2 jam dok situ ktorng msk ke dewan negara untuk dgr taklimat n untuk tnye ape2 soalan yg nak tnye..
pakcik tu wat lwk owh.. haha..
kemudian kami pun blk.. smpai skola kul 6..
g solat asar then blk.. smpai umah je da maghrib.. -the end-

ari khamis lepas ade program 'busana muslimah'..
pertandingan yg diadakan antara pelajar2 pmpan sahaja..
peserta yg menyertai kene berpakaian cantik dan mempersembahkan sesuatu..
kemudian peserta tersebut akan disoal beberapa soalan berkaitan wanita dan islam..
boleh tahan gak soalan2 nya.. heheh..
pemenang bg program ni ialah :

  1. Nurul Amirah bt. Sulaiman
  2. Miss Hanifah Dorosah
  3. Nadia bt. Latiff
kesemua pemenang ni terdiri dr form 5.. haha form 5 the best.. :P
congrats kpd kamu bertiga..

ari jumaat smlm ade report card day.. em best ke? best kot.. haha..
em.. no idea la.. x menarik sngt pun post kali ni.. hua3... =_+ (msk air)

sekian, salam.. :D

May 24, 2009

Kekejaman Form 5 Al-Farabi 09

walaupun dah 2 batch form 5 yg dah meninggalkan sekolah, tapi aku n kawan2 tetap kata kami yg lahir 1992 (tahun ni form 5) adalah 1st batch setiabudi.. sbb kami lah orng pertama yg msk skola sejak form 1.. aku masuk skola dr darjah 5.. time tu xde batch atas lg.. same waktu darjah 6.. n time form 1 hanya kami 21 orng sahaja dan 1 kelas sahaja waktu tu.. naik form 2 baru sekolah amik bdk smpai form 4.. pape pun kamilah 1st batch of setiabudi!! yeah~! hahha..

ok2.. sekarang aku nak cite pasal kekejaman kami di bio lab SB.. bukan ape pun.. cume kekejaman terhadap 15 ekor katak.. hehehe.. katak tu da mmng smpai ajal nya pun.. ktorng bedah untuk bio.. aku dah update pasal ni kat blog yg lepas.. tp skang aku nak tunjuk gmbr kekejaman yg telah dilakukan tu.. hehe.. sape xberani tgk jgn tgk.. nant xlalu mkn plak.. hehe




baru beli.. 15 ekor..


pengsan pas kene klorofom..



bukak kulit dulu..

errrr...

huhu..


nmpk x??

xtau la nape bnyk sngt paku yg diguna

sape punye katak la ni.. haih..

May 9, 2009

kekejaman science students

Day : Sabtu
Time : 8.30 - 10.00 am, 1.00 - 3.00 pm
Venue : Bio Lab SB
No.of student : 12
Objective : study coordination and response & bedah katak.

yeah! smngt3~! pg2 dtng skola smbng blajar chapter 3 -coordination and response..
blajar tntng structure of the kidneys, formation of urine dan semua yg berkaitan dgn bnde ni..
pas kul 10 ckgu nak g cari katak.. azfar bwk kerete.. aku agak bangga kwn aku bleh bwk kete.. hahaha.. die bwk kete hyundai sonata.. dak laki g ngan die g cari katak area melawati, wangsa maju..
pmpan 5 orng ikut ckgu g cari katak kat area gombak.. malangnye x jmpe.. then g pasar selayang..
pergh~ mmng menakutkan g sana.. dah la busuk! pastu msk2 je ade laki2 tgh men judi..
seram giler g sana.. then ktorng x jalan sbb msk sbb air lopak tinggi.. takut kne kasut..
air tu plak busuk.. eerrrrrrrr x rela nak jalan.. ktorng terjerit2 gak la..
nak tau ape jd??? 1 pasar tu pandang ktorng! pastu diorng sorak! dah la ramai gler laki..
kbnykkan nye orng indon n myanmar plak tuh.. haish.. ramai betul pendatang asing kat malaysia ni..
xsempat msk dlm, ktorng lari g kat kete cikgu.. cikgu dok dlm kete sbb xnak ikut msk pasar.. =_="
pastu x dpt katak, ktorng g gombak g beli mkn, then g ong tai kim.. ade pet shop blakang die..
tp xdek jgak.. huhu.. nsb bek bdk laki dpt kan katak.. ade la dlm 15 ekor..
tp sume nye kecik2.. huhu..

smpai je skola ktorng mkn dlu.. pas mkn ktorng mulakan operasi.. haha.. mmng best~!
sume dok takut.. pas pengsan kan katak baru la bedah..
mula2 tu kesian.. tp kne tukar niat.. kalo kesian, mest x bleh nak bedah..
nmpk la jantung die, organ2 dlm die.. sronok plak..
dlm menghilang kan rasa kesian, kitorng trus hilang rasa kesian..
habis hancur katak tu ktorng kerjakan..
amal n dada potong kaki, tangan, n kepala die.. pastu bleh plak susun elok2 tangan2.. kaki2.. kpale2.. haha..
(aku pun same jek :P)
affuan plak g bedah pastu die g basuh.. ktorng buat kolam untuk katak2 tu..
pastu masukkan katak yg dah mati tu dlm air.. yg tinggl kpale je pun ade, yg xde kaki pun ade..
mcm2 la.. sempat ag krotng bergambar.. hehehhehe..
nant aku tunjukkan gmbr kekejaman yg amat dahsyat ktorng buat..
bukan ape, die bkn bleh hidup lg.. huhu

kpd ckgu rezuana, kami gmbre ade ckgu mcm ckgu.. mmng happening gler~ lg2 waktu kuar g cari katak.. hehehhehe..
ktorng happy dpt ckgu yg sporting mcm ckgu.. :D

May 2, 2009

3rd Annual AEA 2009

AEA - Academic Excellence Award 2009

Pada 25 April 2009 SM Taman Ilmu Dan Budi telah mengadakan anugerah kecemerlangan akademik untuk tahun 2008.. program ini diadakan di hall SR Taman Ilmu Dan Budi.. kehadiran ibu bapa amat memuaskan..

hadiah2 diberikan kepada pelajar2 yg berjaya dlm akademik, pelajar yg mendapat lbh 3 pointer untuk cgpa, pelajar yg kehadirannya 100%, anugerah tahfiz, pelajar yg berjaya mendapat markah tertinggi dlm mata pelajaran..

anugerah seterusnya diberikan kepada pelajar yg telah berjaya dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2008.. hanya pelajar yg mendapat 6A, 7A, 8A, dan 9A sahaje mendapat sijil, trophy, dan wang.. Muhammad Zayd b. Jamaluddin dan Siti Nur Atiqah merupakan tokoh PMR kerana telah berjaya mendapat 9A..

seterusnya anugerah bg pelajar2 SPM 2008.. Wae Halimah dan Nur Nabilah Husna menerima hadiah kerana telah berjaya mendapat 5A dlm SPM.. manakala Fatin Sajeeda dan Nursyazani pula mendapat hadiah dan wang ringgit kerana mendapat 7A SPM 08.. mereka berdua merupakan tokoh SPM 08..

tahun ini ada 2 anugerah baru iaitu anugerah (em ape ntah.. aktiv cocu kot) dan anugerah personality of the year 2008.. Muhammad Zayd b. Jamaluddin dan Fatin 'Atikah bt. hasbullah telah mendapat anugerah personality of the year 08.. agak terkejut juga sbb sy dpt anugerah ni.. hehe.. bg tokoh pelajar perempuan 2008 ialah Nur Nabilah Husna dan tokoh pelajar lelaki pula ialah Muhammad Rizwan b. Saiful Raslin..

selesai penyampaian hadiah, dewan di serikan dgn nyanyian dan muzik tradisional oleh plajar2..
amat meriah dgn tarian spontan dr pelajar2 lelaki form 5 yg tiba2 muncal depan pentas.. mereka merancang last minute. :D

tamat AEA, sy dan 7 rakan bergegas ke UIAM untuk pertandingan debat antara sekolah2 di Malaysia (8th interschool championship 2009).. pasal debate ni nant sy create new untuk debate.. :D

aku hnye dpt no 3 dlm kelas, 3 pointer, thafiz, kedatangan 100%, dan personality of the year..

ni sahaje yg termampu ku berikan kepada kedua ibu bapa ku..

Apr 18, 2009

Hari Sukan Tahunan SETIABUDI kali ke-4

Pada awal bulan 4 yg lepas skolah SB telah mengadakan hari sukan tahunan di Stadium UIAM, Gombak.. ia berlangsung pada hari sabtu, 4 April 2009.. hari sukan ini nampak meriah dgn acara perbarisan dari pasukan rumah kuning, merah, biru, hijau, dan unit uniform yg terdiri daripada PBSM, kadet Polis, kadet Bomba dan puteri islam.. para pelajar yg memasuki acara perbarisan mengenakan pakaian atau 'costume' dan juga tema stiap rumah rumah sukan.. rume biru membawa tema 'Blue Hippo', manakala merah membawa tema 'Red Eagle' bersama mascot nye (agak lawa jgak). rumah hijau membawa tema 'the Shrek' bersama mascot2 nya.. mmng lawa sbb ada shrek, fiona, cat, n keldai yg bongek tu.. dan rumah kuning membawa tema 'Spartan' bersama mascot atau ketua rumah sukan dgn berpakaian ala2 spartan.. lg lawa dr sume rumah.. pelbagai persembahan menarik dari semua rumah (rumah kuning lg menarik sbb berlakon sikit)..

selesai sahaja perbarisan, ketua pelajar iaitu Muhammad Rizwan bin Saiful Raslin membaca kan ikrar dan diikuti oleh para pelajar yg lain.. seterusnya perasmian hari sukan tahunan oleh em x ingt plak sape..

acara trek bermula dgn acara lari 100m perempuan bawah 15.. diikuti dgn larian lelaki bawah 15.. seterusnya larian 100m perempuan bawah 18 dan lelaki bawah 18.. setelah selesai acara 100m, acara 200m diteruskan, kemudian 400m, 4x100m, dan 4x400m..

secara keseluruhannya rumah kuning mendapat 300 lebih markah dan rumah kuning berjaya mengutip emas plng bnyk.. pada akhir arena ini, RUMAH KUNING menjadi JUARA 4 TAHUN BERTURUT-TURUT..

naib johan ialah rumah HIJAU dgn pungutan markah 200 lbh.. agak jauh beza markah nya dgn juara iaitu beza lbh kurang 100 markah (mmng da xbleh kejar :p) no 3 dan 4 x ingt pulak siapa..

saya menyertai acara 100m perempuan bwh 18 (kalah), 4x100m (emas), 4x400m (emas), dan lontar cakera (gangsa).. acara 400m sy beri pada kwn sbb takut pancit.. walaupun terpaksa berjemur di tengah stadium (smpai gelap mke aku -_-"), kami puas dan gmbira kerana kuning juara!! :P HIDUP KUNING!! GOOOOOO SPARTAAAAA!

hari sukan x nampak berapa meriah kerana kurang sambutan daripada ibu bapa..
sedia maklum tahun ini adalah tahun terakhir sy dalam arena persekolahan kerana tahun ni sy form 5.. huhuhu.. sgale kenangan tidak akan sy lupakan.. :(

*SUMPAH AKU RASA MCM SETIAUSAHA BUAT REPORT PASAL HARI SUKAN! KAH KAH KAH.

Jan 26, 2009

Al-Quran Menjawab!


KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI??

QURAN MENJAWAB :
"Apakah menusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja dengan mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APE YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216-


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286-


KITA BERTANYA : KENAPA AKU FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139-

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45-


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
-Surah At-Taubah ayat 111-


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129-


KITA BERTANYA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!!!!

QURAN MENJAWAB :
".......... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12-


---> colours of SETIABUDI bulletin '08

Jan 20, 2009

The Value of TIME

masa itu emas !


To realize the value of one year:
Ask a student who has failed a final exam.

To realize the value of one month:
Ask a mother who has given birth to a permature baby.

To realize the value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of one minute:
Ask a person who has missed the train, bus or plane.

To realize the value of one second:
Ask a person who has survived an accident.

To realize the value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the olympics.

Time waits for no one....

Treasure every moment you have....


SURAH AL-'ASR

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

1. By Al-'Asr (the time) 2. Verily, man is in loss. 3. Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth, and recommend one another to patience..


sumber : colours of SETIABUDI bulletin '08

Jan 18, 2009

Sikap Takbur

sifat takbur ade dalam diri manusia..
kte sbgai manusia biase harus mengikis sikap ini..
Imam Al-ghazali ada mencatatkan 5 cara untuk mengikis sikap takbur dlm diri iaitu:


1) apabila bersua dgn kanak2, anggaplah die lbh bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding dgn diri kita..

2) apabila kite bersua dgn org tua, anggaplah dia lebih mulia drpd kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah..

3) apabila bersua orng alim, anggaplah beliau lbh mulia drpd kita kerana beliau lebih mulia drpd kite kerana bnyk ilmu yg diketahui tetapi kita belum mengetahuinya..

4) apabila bersua dgn orng jahil, anggaplah dia lebih mulia drpd kite kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu..

5) apabila bersua dgn orng kafir katakanlah dalam hati bahawa suatu hari mungkin diaa akan insaf dan memeluk Islam dan diampunkan oleh Allah swt sedangkan kita yg tgh Islam sejak lahir terus menerus melakukan dosa.. banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan..


sama2 kite renungkan.. dan muhasabah diri kita.. sy juga akan berusaha untuk mengubah diri sy.. Allah tidak akan mengubah diri kite slagi kte x mngubah diri kita sndr.. smoga kite sntiase didalam bimbingan dan rahmatnya.. amin..

Jan 17, 2009

Syeikh Ahmad Yassin

Syeikh Ahmad Yassin: Bapa Intifadah Palestin

Dilahirkan di daerah Wilayah Asqalan, beliau dihalau keluar dari kampung halaman dan berhijrah ke Semenanjung Gaza diusia seawal 10tahun (1948). Bermula dari situlah beliau tinggal bersama - sama ibunya serta seorang lagi saudaranya mula menetap di Gaza. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehingga disayangi oleh para guru di sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliau mengalami kecederaan ketika melakukan riadhah di pantai yang mengakibatkan beliau lumpuh pada bahagian kaki. Namun, kelumpuhan tersebut tidaklah melumpuhkan semngat beliau dalam pelajaran mahupun aktiviti islam.

Disebabkan kesempitan hidup, beliau menangguhkan pelajaran selama lebih kurang 3 tahun untuk membantu keluarga. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964. Namun begitu, setelah 2 tahun, beliau dipenjarkan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan kerana penglibatan beliau dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu.

Sepulangnya beliau ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza dan juga menjadi guru Bahasa Arab. Dengan waktu yang singkat, beliau begitu terkenal dikalangan penduduk Gaza dengan khutbah - khutbahnya terutama berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.
Beliau juga merupakan pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih. Beliau banyak mendidik golongan muda dengan ajaran islam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin berkembang di Gaza pada tahun 1969 - 1970.

1973 - Penubuhan Mujamm' al Islam ( Akdemi Islam) yang merupakan sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan para pelarian Palestin.

1982 - Penubuhan Al Mujahidun Al Filastiniyun yang merupakan gerakan jihad Palestin.
Pada tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim dengan tuduhan memiliki senjata api dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara selama 13 tahun. Namun begitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama lebih kurang 11 bulan hasil pertukaran tahanan diantara pihak PLO dan pihak rejim.

Setelah melihat keadaan negara - negara Arab yang mula tidak bersemangat untuk membebaskan Palestin, juga pihal PLO yang mula bertolak ansur dengan pihak rejim, beliau menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) pada tahun 1987. Kebanyakan ahli adalah merupakan pemuda - pemuda yang sangat dekat hati mereka dengan masjid. Nyata pergerakkan ini memberi impak yang besar kepada pihak rejim dan dikenali sebagai Intifadah.
Pihak Zionis mula merasa bahang pergerakkan ini dan natijahnya, pada Ogos 1988, beliau dihalau ke selatan Lubnan manakala rumah beliau dirobohkan. Tidak cukup dengan itu, pada 18 Mei 1989 beliau dan ratusan ahli HAMAS yang lain dipenjara oleh pihak Zionis kerana telah membunuh tentera - tentera dan komando -komando Israel. Sekali lagi, hukuman penjara selama 15 tahun dijatuhkan ke atas beliau. pada 16 Oktober 1991 atas sabit kesalahan mebunuh, menculik dan menyerang tentera Zionis.

Sungguh menyedihkan apabila akibat penahanan tersebut, kesihatan beliau mula terjejas. Beliau telah lumpuh seluruh badan kecuali kepala, hilang penglihatan sebelah kanan dan kabur di sebelah kiri, juga masalah pendengaran akibat tekanan dan penderaan selama di dalam penjara. Beliau juga sering menghidap jangkitan paru - paru dan abdomen sepanjang tempoh tersebut.
Pada 1 Oktober 1997, hasil rundingan pertukaran tawanan antar pihak Jordan dan Zionis telah membebaskan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau ditukar dengan 2 perisik rejim ditangkap setelah gagal dalam cubaan membunuh Ketua Biro Politik Hamas di Amman, Jordan.
Sejurus pembebasan, beliau kembali aktif dalam memimpin HAMAS. September 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadah ke - 2 setelah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon mencemar Masjidil Aqsa bersama 200 tentera. Kesannya amat besar pada pihak rejim. Penentangan setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur menyebabkan pihak rejim terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk meredakan menentangan tersebut termasuk membunuh orang - orang awam dan membunuh pejuang dan pemimpin Palestin.
Kesannya, ramai pemimpin HAMAS yang telah syahid dibunuh oleh pihak rejim. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut. Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dengan usaha untuk mebunuh beliau namun dengan kuasa Allah SWT, nyata usaha tersebut gagal.

Namun, pada subuh 22 Mac 2004 sekali lagi mereka berusaha untuk membunuh beliau ketika beliau dalam perjalanan dari masjid. Sungguh, Allah telah memakbulkan doa beliau untuk mati sebagai seorang syahid. Betapa dunia menyaksikan ketakutan dan kekejaman rejim Zionis hanya kepada seorang lelaki berkerusi roda, yang hanya mampu menggerakkan kepala. 3 bedilan roket dilancarkan hanya untuk membunuh lelaki selemah ini. Sungguh, semangat beliau tidak memerlukan tubuh yang sasa untuk menakutkan musuh.

Semoga berbahagia engkau As Syahid di sisi Allah.
Marilah mengambil pengajaran dari kisah ini… as-syahid ahmad yasin sudah menempah satu tempat di syurga ats usaha2 yg dilakukan beliau… apekah usaha kita? inilah as-syahid ahmad yassin, siapakah pula kita?




http://forum.malakat92.com/index.php?showtopic=2425
Syeikh Ahmad Yassin - Where 92's Meet