hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jan 2, 2012

Bertudung Tetapi Tidak Sempurna?


"Aku perhatikan di dalam syurga, kebanyakan penghuninya terdiri dari orang2 susah, dan aku melihat di dalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA"
[Hadith Riwayat Bukhari]



Kesalahan-kesalahan bertudung :

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan T-shirt berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan2 yang menggoda.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dada dari ditutupi kain tudungnya.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutupi kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan perhiasan di kepala yang menarik orang lain melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tetapi memakai kasut yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, justeru menarik perhatian orang lain sekeliling.
  15. Bertudung tetapi hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya lelaki yang bukan ahli keluarganya. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak bertudung. Sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhuk kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya. (eg. facebook)
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (jilbab) pakainnya bagi menutup tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan2 yang baik2) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi" [Surah Al-Ahzab : 59]


Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi Allah, tutuplah auratmu dengan sempurna !

Yang Tertutup Itu Indah.

sumber : akuislam.com

No comments: