hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jan 7, 2012

The Day You Were Born


7 Januari 2011.

Rasa berat untuk bangun meninggalkan selimut tebal menyelimuti diri, tilam yang empuk dan bantal yang gebu. Namun tetap ku gagahkan juga diri ini untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh, ku capai handphone ku. Di skrin handphone terpapar mesej dari Abah. Satu berita gembira dari malaysia. "Umi dah selamat melahirkan. Pukul 12 malam tadi". Bagaikan tidak percaya, lahir seorang ahli keluarga baru.

Satu perasaan yang gembira tak terkata. Jujur ku katakan, aku sangat risau akan kesihatan umi kerana pada usia 43 tahun untuk mengandung dan melahirkan adalah satu risiko. Lebih2 lagi aku berada jauh dari umi. Kerisauan yang terpendam kini terlerai. Aku bersyukur kerana semuanya selamat.

Puas ku mencari nama2 yang cantik pada sebutan dan makna untuk ku namakan pada adik ku yang terakhir ini. Tapi satu pun abah tak terima. Heh tak pelah. Nama diberi Kamil Muhyiddin Hilmi. Abah kata, nama Kamil adalah nama aku, tikamana sebelum umi melahirkan aku, dicadangkan diberi nama Kamil jika anak pertama itu lelaki. Nama Muhyiddin pula diambil sempena gelaran Iman Nawawi. Dengan harapan si kecil ini akan menjadi seperti namanya. insyAllah.


Kisah lama.

Teringat sewaktu aku berada di tingkatan 4. Suatu hari, sewaktu didalam kereta, aku bertanya, "Kita nak pergi mana". Jawab abah "Nak pergi Hospital Tawakal. Check baby". Aku terkejut, dan berkata "haaa! ada baby lagi ke?!" "jangan harap ikah nak jaga dia sampai dia besar!" Sambung ku dengan penuh rasa kebencian. Pada waktu ini, mungkin kerana tekanan belajar dan darah muda remaja yang inginkan perhatian dan kasih sayang yang lebih. Dan tidak ada rasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang tuhan beri. (tak sedar diri lagi waktu ini. huhu). Apalagi, kene marah la. huhu.

Beberapa minggu kemudian, umi keguguran. Seketul daging yang tidak bernyawa gugur dari dinding rahim. Satu perasaan bersalah menyelubungi diri. Terngiang ngiang kata2 yang ku ucapkan tempoh hari. Mungkin ada hikmah nya. Mungkin jika dia lahir dia tidak sempurna. Dan mungkin jika bayi itu lahir, dia akan hidup dengan penuh rasa kebencian dari aku.

Aku mula belajar untuk menerima hakikat dan taqdir bahawa anak itu adalah rezeki dan juga pembawa rezeki. Berita kedua tahun berikutnya, umi disahkan mengandung lagi. Kali ini walaupun rasa berat untuk terima, namun aku gagahkan juga untuk 'menyukainya'. Aku diamkan diri tanpa berkata apa2 yang tidak elok. Namun begitu juga apa yang berlaku, umi datang bulan hari berikutnya.

Pada bulan march 2011. Sewaktu mengikuti abah menghantar adik2 ke sekolah, umi kata "umi dapat hadiah hari jadi dan hari ibu". Sambil memberikan 1 bungkus plastik kecil. Didalamnya itu terdapat 2 pregnant test which is both are positive! Kami teruja. Kami mempersiapkan diri untuk menerima seorang ahli baru. Pada masa yang sama, dalam hati ku berkata, biarlah bayi ini benar2 'menjadi', setelah rasa bersalah masih lagi menyelubingi diri tetang kejadian lalu.

Alhamdulillah. tiada masalah atau complication sewaktu umi mengandung dan melahirkan. Awkward moment sesampainya aku di KLIA (evacuate from egypt). Seorang ahli baru yang buat pertama kali ku tatap secara 'live' dan sentuhan kali pertama. Rasa kelakar sebenarnya. Pada usiaku 19 tahun, terasa macam anak sendiri, bukannya adik. Bila ku pegang kamil di shopping mall, ada saja orang bertanya, "anak ke?" Lol. Nampak sangat muka aku ada muka mak orang. Aku harap, adik ku yang terakhir ini bakal menjadi seorang al-hafiz.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.”
[HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]


"Dari tapak kaki sekecil ibu jari, kau dibesarkan sehingga kau mampu merangkak, berjalan, kemudian berlari. Hargai dan hormatilah ibu anda."


Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Allah mengurniakan aqal untuk berfikir. Aku kesal atas semua perbuatan dan percakapanku. Namun ia berjaya membuka mata hati ku.

1) Anak itu adalah rezeki. Lihat pada sesetengah orang yang tidak mampu memiliki anak. Patut bersyukur dengan rezeki anak yang Allah beri.

2) Anak itu pembawa rezeki. Allah yang menurunkan rezeki kepada hamba2Nya. Setiap anak yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya. Maka jangan dirisau dan mempersoalkan tentang rezeki.

3) Jaga kata2. Berfikir sebelum bercakap !

4) Air susu ibulah yang membesarkan kita sehingga kita mengenal erti kehidupan.

5) Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu seperti sebutir peluru yang menembusi dada.

6) Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. tetapi 10 orang anak belum tentu menjaga seorang ibu.

7) Setiap orang punya satu sahaja dalam dunia, iaitu IBU.


DOB : 7/1/11
SIBLINGS : 7 DARI 7
ROOM : 707
FLOOR : 7th
RN : 70207
WEIGHT : 2.47 KG
LENGTH : 47 CM

Kamil Muhyiddin Hilmi.
Menghayati dan menghidupkan agama dalam diri dan kehidupan secara sempurna dan penuh kesabaran.

Umi dan Kamil

Dah besar. nyum2. makan hush brown.


p/s : Khas untuk kamil. nanti dah pandai baca kakak bagi kamil baca post special ni. :)
SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA. :)



1 comment:

aLong baik said...

nama pena : sugar glider..