hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jan 1, 2012

Heal The Heart & Soul


Bersama Syeikh Abd 'Azim Syaaban Sultan & sahabat2 zagazig dan azhar yang hadir memenuhi ruang talaqi Quran.


Pesan Imam Al-Ghazali,

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika mengejakan solat. Jika tidak diketemui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika tidak diketemui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati!"


Indahnya Al-Quran. Saat ku lantunkan ayat-ayat suciMu, hati rasa terisi. Jiwa rasa nyaman. Diri rasa tenang. Segala penat hilang. Segala gundah terbang. Aku membaca dan terus membaca selama mungkin, seakan sedang bersembang dengan teman rapat yang telah lama terpisah.


Kalbu basah. Lalu berkata,

"Al-Quran, aku harap, aku tidak akan lalai terhadapmu. Suburkanlah jiwa2 mereka yang mencari-cari ketengan hidup yang sebenar agar mereka turut merasa apa yang ku rasai."

Moga istiqomah. InsyaAllah. Amiin.


No comments: