hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jan 12, 2012

Wanita, Berhentilah Memberi Alasan !


Wanita : Eh kau, aku nak tanya sikit. Semua yang tutup aurat, comfirm ke masuk syurga? Orang selalu mengata kami yang tidak bertudung ni teruk.

Muslimah : Yang pasti, tak tutup aurat comfirm masuk neraka. :)

Wanita : Hurm, yang bertudung labuh macam lah baik sangat. Buat dosa juga, mengumpat sana sini juga.

Muslimah : Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia dari Adam !" Samalah juga dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan. "Pakai tudung tak semestinya baik.. bla..bla..bla.."

Wanita : Macamlah kau tu bagus sangat nak tegur2 aku. Ntah2 kau dulu lagi jahat.

Muslimah : Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang. :)

Wanita : Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik !!

Muslimah : Adakah kau mendakwa diri kau mempunya hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

Wanita : Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok !

Muslimah : Kau berani jamin? Bahawa semua lelaki ajnabi mempunya hati yang suci, iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak buak?

Wanita : Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. So what??

Muslimah : Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.. :)

Wanita : Walau kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

Muslimah : Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin hanya dengan solat dan puasa cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

Wanita : Suka hati kami lah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

Muslimah : Sebenarnya kau dah susahkan ayah, abang, adik, suami, serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menengur dan gagal mendidik kau.

Wanita : Apa kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan !

Muslimah : Berani cakap didunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

Wanita : Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Muslimah : Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

Wanita : Takkan nak buat perubahan secara drastik? slow2 lah.

Muslimah : Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap ! Lepak lah dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi. Boleh?

Wanita : Tutup aurat itu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya !

Muslimah : Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Wanita : ............................................

Muslimah : Sekadar renungan dan peringatan kita bersama... :)


Anda pilih, yang mana satu anda inginkan. :)

Duhai wanita, apakah kamu masih mahu memberi seribu alasan untuk tidak menurut perintah Allah? Tepuk dada, tanya iman. Sahabat2 ingat tak, salah satu gambaran balasan yang Rasulullah SAW lihat sewaktu peristiwa Mikraj ialah wanita yang digantung rambutnya, dan otaknya menggelegak dalam periuk. Mereka itu adalah golongan yang sewaktu hayatnya tidak menutup auratnya. MasyaAllah.


"Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera2 mereka, atau puteri2 suami mereka, atau saudara2 mereka, putera2 lelaki mereka, putera2 saudara perempuan mereka, atau wanita2 Islam, atau budak2 yang mereka milik, atau pelayan2 lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak2 yang belum mengerti tentan aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang2 yang beriman, supaya kamu beruntung." -(Surah an-Nur ayat 31)



p/s : Yang Tertutup itu kan Indah :)

Thursday
10.57 pm
12/1/12
10°C
Zagazig