hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Jan 16, 2012

Rama-rama yang Tidak Dapat Terbang



Suatu hari, seorang budak lelaki sedang bermain main di sebuah taman. Sedang dia bermain dia terlihat seekor kepompong tergantung di atas dahan. Dia berdiri dan memerhatikan kepompong itu agak lama. Didalamnya ada seekor rama-rama yang sedang berusaha dan berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong. Kelihatannya begitu sukar.

Budak lelaki tersebut merasa kesian akan rama-rama tersebut. Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah dan senang. Tiba2 dia terfikir sesuatu. Lantas dia berlari pulang ke rumah untuk mengambil gunting. Setibanya dia di taman tersebut, dia segera menggunting kepompong tersebut. Alangkah senang dan leganya kanak2 tersebut.

Tetapi apa yang terjadi??
Rama-rama itu memang dapat keluar dari 'rumah'nya. Akan tetapi rama-rama itu tidak dapat terbang ! Ia hanya dapat merayap.


Apa sebabnya??
Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut, sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu jenis cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang membolehkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang. Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut, maka sayapnya tidak dapat mengembang shingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Begitulah juga dengan kehidupan. Kadangkala niat kita baik, tetapi belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sama seperti pada sewaktu si ibu dan si ayah mengajar anak mereka. Kadangkala ibu ayah sering kali membantu anak-anak kerana kasihan atau rasa sayang. Tetapi sebenarnya itu membuatkan anak-anak tidak berdikari. Semua hendak di 'suap'. Membuatkan potensi dalam dirinya tidak berkembang. Memandulkan kreativiti.

Begitu juga sewaktu disekolah. Niat kita baik untuk membantu kawan, tetapi caranya salah! Kadangkala kita memberi kawan kita meniru kerja rumah yang diberi, kerana kasihan kawan akan dirotan guru. Kadangkala kita memberi kawan kita meniru sewaktu peperiksaan, kerana kasihan jika dia mendapat keputusan corot dan akan dimarahi ibu.

Kerana tidak sanggup melihat mereka mengalami kesulitan, yang sebenarnya jika mereka berjaya mengatasinya, mereka akan menjadi KUAT. Demikian juga pada waktu kita sedang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, bejuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita. Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.


"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan (nasib) sesuatu kaum itu, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." (Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Hidup penuh dengan PERJUANGAN.
Sering kali juga kita menyalahkan situasi yang kita hadapi,
Tetapi ternyata situasi itulah yang meMATANG & menDEWASAkan kita.


Monday
16/1/12
11.47 am
Zagazig

3 comments:

SuRayA mAnsOr said...

Hargailah yang ada di depan mata.. (erkk.. tibe2 nak ckp camni..xD)

Dr. Atikah said...

Haha. ada kene mengena ke sue?

SuRayA mAnsOr said...

tu la.. takde kene mengena pon kan.. kih3 xD