hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Dec 31, 2011

Goodbye & Welcome

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik 2011 bakal meninggalkan kita. (Mesir masih belum tahun baru. hehe). Begitu pantas masa berlalu. 2012 telah datang menyambut kita. Bagaimana dengan azam tahun lepas? Adakah semuanya terlaksana? :)




Muhasabah diri.

Kata Ibnu Mas'ud :
"Perkara yang sangat ku kesali apabila terbenamnya matahari (berlalunya masa), sedangkan usiaku masih meningkat namun amalan tidak juga bertambah"

Bila mana hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, sebenarnya kita semakin dengan dengan penghujung. Kematian semakin dekat. Dunia ini pula semakin dekat dengan pengakhirannya. Ada orang gembira menyambut tahun baru dan ada yang menangis dan bersedih kerana semakin meningkat usia, semakin risau kemana manfaatnya kepada manusia di dunia dan sejauh mana amalan dan kebajikannya. Sama2 muhasabah diri kita balik.


Berita gembira dari Malaysia.



Alhamdulillah, hari ini bila buka saja FB, kelihatan banyak post2 tentang program sempena tahun baru. Dan baru sahaja sebentar tadi sy melihat satu gambar solat jemaah bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Merdeka Shah Alam. Sebelum ini setiap tahun ada saja kita didengari masalah sosial pada malam tahun baru. Dan pada malam ini jugalah kebanyakan anak2 gadis yang masih dara kehilangan dara. Apatah lagi yang sudah tidak kenal tentang kehormatan diri. Moga usaha yang dilakukan ini dapat mengubah pemikiran anak bangsa yang semakin hari semakin terperangkap dengan budaya Hendonism. Sama2 perbaiki diri, DOSA JANGAN DITAMBAH, IMAN JANGAN DITOLAK.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :

"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhirat, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada mengerjakan amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya." (Hadith riwayat Al-Hakim)


Azam tahun baru.

Sempena tahun baru hijrah 1433H dan 2012, saya juga punya azam dan semangat yang baru. :)
Antaranya :

1. Berguru dengan As-Syeikh Abd 'Azim Sultan, anak murid kepada seorang ulama' besar Mesir As-Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim Rahimahullah.

2. Khatam Al-Quran setiap 2 bulan sekali. Istiqomah 1 waktu solat 4 muka.

3. Lebih banyak menimba ilmu agama dan memantapkannya lagi.

4. Mumtaz tahun 2 perubatan.

5. Naik tahun 3.

6. Buat umrah.

7. Bersama Akademi Sukses Consultancy & Training.

8. Bangunkan modul Penciptaan Insan Melalui Persperktif Al-Quran dan Sains.

9. Bisnes kecil.

10. Jelajah/ziarah/melawat lebih banyak tempat di Mesir.

11. Mencapai target berat at leasttt 49.99 kg !

12. Jam baru.

13. Main salji.

14. Menjadi anak yang lebih taat, solehah dan kakak yang lebih penyayang. (sekarang pun dah penyayang.) ^^




Tuliskan RANCANGANMU dengan PENSIL kemudian serahkan PEMADAMNYA kepada ALLAH. Izinkan Allah memadamkan sebahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu dan MENGGANTIKANNYA dengan rancangan yang lebih BAIK. Kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. InsyaAllah, amin..

Kita merancang dan Allah juga merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancangan.


What You Get Is What You Focus On !





Dec 28, 2011

Oh Winter !

Sebelum musim sejuk.
"Seronoknya dah nak winter ! Sukanya sejuk !"

Bila tiba musim sejuk.
"Tak sukalah musim sejuk ni."
"Asyik rasa lapar je nak makan."
"Kulit mengelupas pulak tu !"
"Malasnya nak pergi kelas"
"Cepat cepatlah habis winter, nak musim panas"


Acap kali terdengar keluhan seperti ini bila tiba musim sejuk. Ada yang menyabutnya dengan baik, dan ada yang menyambutnya dengan keluhan. Namun terdapat banyak kebaikan darinya.


see ! ada keldai. :)


Peluang beribadah.

"Musim sejuk itu merupakan satu keuntungan bagi golongan yang suka beribadah" (Saidina Umar ra)

"Banyak kebaikan pada musim sejuk. Diturunkan padanya barakah. Dipanjangkan malamnya untuk berqiamulail, dan dipendekkan siangnya untuk berpuasa." (Ibnu Mas'ud)


Musim sejuk siangnya pendek. Memberi peluang untuk kita berpuasa. Kita tidak perlu keletihan menunggu waktu berbuka yang panjang, dan tidak perlu berpanas dahaga sepanjang siang.

Malamnya panjang, boleh dimanfaatkan dengan pelbagai perkara yang berfaedah. Maghribnya tiba awal, sekitar 4.30 petang. Tempoh belajar dapat dilebihkan disamping bangun berqiamulail.


Dari segi perubatan.

Setiap kejadian yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya. Dari segi perubatan, udara sejuk boleh meningkatkan 'metabolism' dalam badan dengan meningkatkan mood selera makan. Suhu badan manusia perlu dikekalkan normal pada suhu 37 C. Maka pabila udara sejuk meresap pada tubuh, badan kita akan membakar kalori untuk memanaskan badan secara perlahan lahan. Oleh itu, tubuh kita akan menangih untuk kemasukan makanan yang lebih banyak.

Sering juga kedengaran ramai yang mengadu masalah kulit kering. Dari segi scientific, tubuh kita terdapat banyak receptor atau pengesan rangsangan. "Cold receptor" dan "heat receptor" terdapat pada bawah kulit kita. Apabila udara sejuk kena pada kulit, "cold receptor" akan mengesan perubahan dan menghasilkan signal untuk bertindak balas.

Untuk mengekalkan suhu badan pada tahap 37 C, badan kita akan mengigil (shivering) untuk menghasilkan haba. Selain itu, salur darah juga akan mengecut (vasoconstriction) untuk mengelakkan haba keluar dari kulit. Tindak balas ini akan mengurangkan bahan-bahan yang diperlukan oleh kulit. Oleh sebab itu, kulit akan menjadi kering dan mengelupas.


Penyelesaian

1) Sentiasa pakai pakaian tebal untuk mengekalkan haba dalam badan.

2) Gunakan losyen pada kulit agar kulit tidak kering dan mengelupas.

3) Gunakan pemanas bilik (heater) dan water heater (sakhonah).


Indahnya ciptaan Allah. Bersyukurlah. Jangan mengeluh, jangan jadi orang yang tidak bersyukur. Lihatlah dengan mata hati. Hebatnya Allah, bagaimana Dia menjadikan udara sejuk disekeliling kita. Ada negara bermusim sejuk, ada negara bermusim panas, ada negara bermusim kering, dan sebagainya. Sedangkan kita memandang matahari yang sama, langit yang sama. Betapa hebatnya Dia !


"(yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (Ali-Imran, ayat 191)


setiap pagi jalan kaki ke univ


university of zagazig

p/s :
  • saya suka musim sejuk !
  • mesir tak ada salji.
  • I love faraulah ! (strawberry) :)


1.25 am
29/12/11
Az-zagazig, As-Syarqiah


Dec 27, 2011

Sebuah Pengakhiran


Jika dulu kita lalai,
Jika dulu kita terleka,
Mungkin kerana usia mentah,
Tak mengenal apa erti cinta.

Tiada kebenaran,
Hanyalah kepalsuan,
Jalinan ikatan,
Yang dilakar selama ini.

Aku lemas dihayutkan,
Janji janji manismu,
Janji yang tidak pasti,
Yang gelap tanpa cahaya pengharapan.

Aku pernah terluka,
Aku pernah tercalar,
Selama aku tunduk setia,
Tak pernah kau menghargainya.

Setelah aku dibuang,
Setelah keluargaku dibuang,
Kini kau datang kembali,
Mengharapkan aku kembali.

Sungguh hina rasa diri ini,
Dengan sikapmu begitu,
Belajarlah dari pengalaman,
Jangan meludah dijilat kembali.

Tidak berniat untuk berdendam,
Tidak berniat untuk membalas,
Tidak berniat untuk menyakiti,
Tidak berniat untuk melukakan.

Namun apalah erti cinta,
Berkasih sayang sebelum waktunya,
Yang bukan pada yang berhak,
Yang ku sendiri belum pasti.

Ku harap kau mengerti,
Hubungan ini tak dapat diteruskan lagi,
Walau sehebat mana kau pertahankan,
Air mata darah sekali pun.

Kucemari hidup dengan kesesatan,
Membutakan hati yang terleka,
Terasa jauh dari Tuhan,
Dengan godaan syaitan.

Kisah lalu biarkan ia berlalu pergi,
Padamkan dari ingatan,
Hapuskan segala kenangan,
Usah dikenang hingga akhir nafas.

Maafkan diriku,
Maafkan kesilapanku,
Tundukkanlah egomu,
Ketepikanlah amarahmu.

Ketahuilah duhai teman,
Jangan biarkan cinta bersulam noda,
Jangan biarkan cinta terbenam keperitan,
Jangan biarkan cinta tercoret kepiluan,
Jangan biarkan cinta dipenuhi kepalsuan.

Biarkan aku pergi,
Jangan kau tanyakan lagi,
Ku yakin ini yang terbaik,
Untuk kau dan aku.

Usahlah menangis lagi,
Usahlah bersedih lagi,
Lupakan kenangan lalu,
Kita buka lembaran baru,
Bawa haluan masing masing.





maaf ku tak kan berpaling
11.21 pm
27 Dec

Dec 23, 2011

Suka? Jumpalah Ayah Saya



Aku : saya tidak layak untuk awak.


Kau : Kenapa?


Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…


Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?


Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.


Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.


Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.


Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.


Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…


Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak.

menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.


Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak

perbezaan.


Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.


Aku : Awak terlalu sempurna.


Kau : Belum. Akan sempurna jika ada awak.


Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.


Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?


Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

.



“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).

.



Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”



"Kalau suka, jumpalah ibubapa, malangnya tiada yang berani, tanda tak sedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata mata?" -Fatima Syarha. Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.

Dec 21, 2011

Return To Him





Senja kian pantas berlabuh,
Selubungi malam-malam gelapku,
Daku mengintai peluang kali kedua,
Masih adakah sinar cahaya kasih.

Ku percaya,
Diri ini masih lagi bernilai,
DimataMu oh Tuhanku.

Tak sanggup untukku,
MenghadapMu Kau yang Satu,
Rasa hina diri ini,
Yang terus terleka.

Kan ku terus berlari,
Mencari erti cintaMu,
Genggan seribu impian,
Cita dan harapan.

Kan ku ukir senyuman,
Diwajah duka sepiku,
Tempuh hari mendatang,
Bak warna-warna pelangi.

Ya Allah...
Tuhanku yang Satu,
Arhamarrahimin segala nikmatMu.

Ya Allah...
Tak pernah aku bersyukur,
Dan aku memohon,
Keampunan dariMu oh Tuhan.




"Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa terucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya" [Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim]


Seorang teman bertanya kepada saya,
"Kenapa orang yang kita sayang, sahabat sahabat yang kita sayang kadang kadang tidak memahami kita?"

Tidak semestinya orang yang kita sayang, dia memahami kita. Tapi orang yang memahami kita, pasti sayangkan kita. Pengaduan kepada manusia itu tidaklah salah. Kerana kita manusia memerlukan antara satu sama lain, memerlukan nasihat dan peringatan dari teman teman. Tetapi lebihkanlah pengaduan kita kepada Allah, Dia mengetahui isi isi hati hambaNya. Kepada Dia tempat kita memohon dan kembali.