Keyakinan diri. Ya, keyakinan dalam diri setiap orang berbeza. Mari kita ungkap apakah yang dimaksudkan dengan keyakinan.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bahagi. Keyakinan diri pula ialah keyakinan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik. Serta segala cabaran yang datang dengan jayanya.
Malu dan takut?
Cuba kita lihat di sekolah, di IPT, pelajar2 takut sahaja untuk berjumpa atau menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah dalam kuliah. Semuanya kerana takut salah ! Punca takut salah adalah kerana tiada keyakinan diri. Ia berlaku dimana-mana sahaja. Puncanya semua sama.
Tiada keyakinan diri. Terlalu merisaukan kata orang juga adalah faktor kehilangan keyakinan diri. Contohnya anda terlalu risaukan kata kawan anda jika anda berpendapat seperti itu dan ini, makan akhirnya anda terus senyap, akhirnya kaki dan beku.
Dimanakah mulanya?
Keyakinan perlu dipupuk dari rumah. Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar. Peranan ibu bapa adalah sangat penting. Ibubapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak2. Contohnya memberi peluang untuk bercakap dan memberi pandangan walaupun suatu perkara itu tidak bernas. Kehidupan di negara barat misalnya, mereka melatih anak2 sentiasa mencuba.
Kata2 positif menambahkan keyakinan.
Mari kita lihat bagaimana kata2 yang baik dan positif mempengaruhi keyakinan seseorang. Suatu ketika di sebuah kampung, Abu dan Ali memanjat pokok. Tiba2 dahan yang menampung mereka patah dan sempat bergayut pada dahan yang satu lagi. Kakak kepada Abu datang dan berkata "jatuh nanti" dan akhirnya Abu jatuh. Manakala abang Ali pula berkata "pegang kuat2!". Ali mendapat kekuatan dan berpaut teguh pada dahan.
Nah. Disini kita lihat, bagaimana perkataan positif dapat memberi keyakinan diri. Bila minda dapat menangkap kata2 yang positif, satu renjatan positif bagai kan terhasil ke seluruh badan.
Mind setting !
Otak yang Allah ciptakan ini adalah sangat hebat. Mampu menyimpan beribu ribu maklumat. Lebih hebat jika tahu bagaimana menggunakan dengan cara yang betul. Setiap hari yang kita lalui perlukan mind setting. Set minda kita setiap hari, perkara akan menjadi mudah !
Perkara ini semua berkaitan dengan minda dan keyakinan diri, jika setiap hari minda dilatih dan dibasuh dengan perkataan 'TIDAK BOLEH' maka hasilnya tidak boleh juga. Begitu sebaliknya.
What you get is what you focus on ! Ya, anda akan dapat apa yang anda inginkan bila anda fokus tentang itu ! dan bila anda fokus, anda akan yakin apa yang anda inginkan pasti akan tercapat.
Contohi orang yang hebat !
Cuba kita singkap sejarah tentera Islam pada zaman Uthmaniyah. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Beliau adalah Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau berjaya menawan Constantinople.
Beliau sudah pun terlalu lama berimaginasi dan fokus untuk menawan kota tersebut. Setiap hari diiringi solat dan doa beliau menyusun strategi dan sentiasa berimaginasi tentang semua keadaan yang bakal berlaku. Ini yang menjadikan beliau hebat.
Berlatih setiap hari.
Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan dan membuang sikap malu tidak bertempat ialah dengan bercakap seorang diri dihadapan cermin. Anda lihat diri anda, dan dengar apa yang anda cakap. Bayangkan anda bercakap dihadapan orang lain. Para pembahas dan pemidato biasanya melakukan cara ini. Untuk bercakap dihadapan khaylak ramai bukan suatu perkara yang mudah dan bukan semua orang boleh melakukannya. Ada dua jenis orang, pertama ialah orang yang memang dianugerahkan oleh Allah dengan bakat yang pandai bercakap dikhayalak ramai. Kedua pula ialah orang yang tidak mempunyai bakat tetapi mempunyai keinginan yang tinggi untuk bercakap dikhayalak ramai. Namun begitu, orang yang jenis kedua ini mampu untuk menjadi seperti pertama jika diasah dan dibantu menambahkan keyakinan diri !
Ilmu.
Ilmu adalah sangat penting. Ia merupakan salah satu faktor untuk meningkatkan keyakinan diri. Jika kurangnya ilmu di dada, kurangnya pengalaman dan pendedahan, maka ia menjadikan seseorang itu tidak yakin dan akhirnya hanya senyap membisu.
Mengapa keyakinan diri itu penting?
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri. Ini bermakna, lebih yakin anda terhadap diri anda serta masa hadapan, lebih terbukalah kejayaan untuk anda !
Kesimpulannya, minda yang hebat dan sentiasa positif menghasilkan keyakinan diri yang tinggi dan usaha yang bersungguh serta akan mencapai kejayaan yang anda inginkan !
Jangan kita menghukum dan menyalahi orang yang sedang cuba membina keyakinan diri. Ia tidaklah dibina dalam tempoh yang singkat, malah mengambil masa yang panjang. Jadi dalam tempoh yang panjang itu mungkin sahaja berlaku pelbagai kesilapan. Biasalah ia adalah proses ! Kalau terus berjaya bukan manusia namanya. hehe.
Sentiasalah berlapang dada. Terus melatih, cuba mencari peluang dimana-mana supaya keyakinan diri itu datang secara langsung semasa mencuba.
Jangan takut salah ! orang yang takut salah adalah orang yang susah untuk berjaya.
Maka berhati-hatilah kerana itu lebih baik.
p/s : saya hebat !
No comments:
Post a Comment