hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Dec 18, 2011

Husnul Khotimah atau Su'ul Khotimah?

Bismillahirrahmanirrahim.




Pada suatu masa dahulu, ada dua orang lelaki. Mereka adalah saudara kandung. Mereka dilahirkan dalam keluarga yang taat pada agama. Namun perilaku mereka berbeza.

Yang tua, sejak kecil dikenali sebagai budak yang baik, alim, dan ahli ibadah. Tidak suka menyakiti orang lain, tidak suka huru-hara, tidak pernah menyentuh minuman keras apalagi meminumnya. Waktu mudanya banyak dihabiskan di masjid. Dia juga tidak suka bergaul dengan wanita yang bukan mahramnya. Pernah dia dipujuk rayu oleh sepupu perempuannya, namun dia teguh dalam keimanannya. Kerana amal yang baik dan akhlaknya yang mulia, dia dicintai oleh keluarga dan masyarakat.

Berbeza dengan adiknya, sejak kecil dikenali sebagai budak nakal. Sejak remaja dia sudah biasa melangkahkan kaki ke tempat maksiat. Rumah pelacuran menjadi tempat biasa ia kunjungi. Hampir setiap hari dia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat. Adakala dia merompak, malah turut memperkosa kanak2 kecil. Hampir segala maksiat dan perbuatan menjijikkan telah dia lakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatan jahatnya itu membuat dirinya dibenci oleh keluarga dan masyarakat.

Suatu hari si abang yang alim dan rajin beribadat merenung sendirian. Tiba2 nafsunya berkata padanya :

"Sejak kecil selalu berbuat kebaikan dan beribadat. Kau telah mendapat dihati masyarakat dan dikenali sebagai orang baik. Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun. Kenapa tidak sekali kau datang ke tempat pelacuran. Sekali sahaja. Setelah itu kau boleh bertaubat. Kau boleh beristighfar beribu kali dalam solat tahajjud. Bukankah Allah SWT Maha Pengampun?"

Sementara itu, dirumah pelacuran adiknya merenung :

"Sudah bertahun-tahun aku hidup dengan dosa. Macam2 maksiat telah aku lakukan. Keluarga dan masyarakat telah membenciku. Kenapalah aku tidak berbuat baik seperti abangku? Bagaimana jika esok aku mati? Bagaimana aku harus bertaubat atas dosa2ku? Malam ini selepas maghrib, aku ingin kemasjid tempat abangku selalu beribadat. Aku mahu bertaubat. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa2ku"

Maka setelah malam menjelma, mereka pun melaksanakan niat masing2. Si abang menuju ke rumah pelacuran setelah solat maghrib manakala si adik menuju ke masjid dan meninggalkan rumah pelacuran itu.

Sampai di tempat pelacuran, si abang mencari adiknya. Namun tidak menjumpainya. Si abang tetap melaksanakan niatnya walaupun adiknya tiada. Dia menuruti segala keinginan nafsunya bersama penari2 di rumah pelacuran itu.

Sesampainya si adik ke masjid, dia mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Dia mencari cari abangnya tetapi tiada. Dia meneruskan niatnya meskipun abangnya tiada. Dia melakukan solat dan beristighfar sebanyak banyaknya dengan bercucuran air mata.

Tiba2 bumi bergoncang dengan kuat !

"Keluar ! Ada gempa ! Ada gempa !" Jerit orang di jalan. Semua panik ! Tetapi si adik sedang khusyuk beribadat tidak berganjak dari tempatnya. Demikian juga si abang yang sedang seronok dan asyik di rumah pelacuran. Dia sama sekali tidak merasakan gempa tersebut. Gempa bumi itu menyebabkan masjid dan rumah2 roboh.

Keesokan harinya, si abang di temui mati dibawah rumah pelacuran disampig wanita2 dalam keadaan yang sangat memalukan. Sedangkan si adik ditemui mati di bawah runtuhan masjid dengan mashaf Al-Quran di dalam dakapannya.

Masyarakat yang tahu ehwal kedua adik beradik ini menitiskan air mata. Mereka tidak henti2 berfikir, mengapa orang yang selama ini dikenali ahli ibadat mati dalam cara yang demikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat mati dalam keadaan baik.


Demikianlah kisah dua beradik yang dapat memberi pengajaran yang sangat berharga bahawa kematian menjemput kita pada bila2 masa sahaja bila Allah menghendakinya. Ingatlah wahai teman, jangan sekali kali menurut hawa nafsu. Siapa tahu saat kita menurut hawa nafsu berbuat kemungkaran, saat itulah Malaikat Izrail pencabut nyawa datang menjemput. Na'uzubillahiminzalik. Niat harus dijaga berserta tindakan dalam setiap yang kita lakukan. Berdoalah agar Allah menganugerahkan pengakhiran hidup yang indah dan diredhai.



اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan Iman, dan akhirilah hidup kami dengan Husnul Khotimah (mati dalam keadaan baik). Amiin.


No comments: