Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya.
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita," dia berkata kepada anaknya.
"Saya tidak mengerti," jawab anak kecil tersebut.
Ibu memeluk anaknya dan berkata "dan kamu tidak pernah mengerti"
Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
"Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa ada alasan" hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata,
"Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku ciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia, tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.
Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya.
Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan disaat semua orang sudah menyerah, dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah mahupun sakit.
Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.
Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Aku memberi kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan haitnya untuk tetap teguh mendampingi suaminya.
Dan akhirnya, Aku memberikannya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan."
"Kau lihat, Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luarannya, atau cara dia menyisir rambutnya tetapi kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta berada."
SETIAP WANITA ITU CANTIK...
No comments:
Post a Comment