hari-hari dalam hidupku

"hasbunallahu wa ni'mal wakiil, ni'mal maula wa ni'man nashir.. cukuplah Allah sebagai penolong kami, sebaik-baik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembantu"

Dec 19, 2011

Just Keep Going !

Bismillahirrahmanirrahim



Bila mana ujian datang menerpa,
Bagaikan tidak mampu untuk ku bertahan,
Semangat tenggelam lemah tak terdaya,
Ku berbisik inilah dugaan.


Firman Allah,
"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia datangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha kuasa atas segala sesuatu." (Al-An'am ayat 17)


Maka, seandainya jiwamu hebat diduga, hatimu pula hebat diuji, jangan sesekali terlintas untuk berputus asa, mahupun kecewa hingga berputus asa dari rahmatNya. Sesungguhnya segala-galanya adalah terbaik buatmu meskipun kadangkala ianya sangat pahit untuk dirasai.

Jangan berasa sedih dan kecewa dengan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi di dunia ini. Meskipun kesusahan dan kesulitan itu terlalu pahit untuk dirasai, namun sedarilah bahawa pahit dalam kehidupan itu bukanlah satu kesalahan, kerana dengan adanya rasa pahitlah kita peka terhadap sesuatu kemanisan.

Ingatlah, kita tidak akan selamanya berada di atas. Hidup ini ibarat roda. Seandainya kita sentiasa merasa manis, sudah tentu lama kelamaan kita akan mudah bosan dan puas, hingga rasa syukur kita kepada Allah Ta'ala semakin terhakis. Maka sebab itulah Allah takdirkan 'kepahitan' itu hadir kepada seseorang hambaNya. Sebenarnya adalah suatu bentuk keuntungan, selagimana dia bersikap POSITIF terhadapnya.

Serahkanlah sepenuh jiwamu dan segala urusanmu kepada Tuhan yang telah menciptakan seluruh alam, kerana Dia mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Yakinlah bahawa adanya kemudahan setelah kesusahan dan ada kenikmatan setelah adanya penderitaan.

Allah..
Pimpinlah diriku,
Bangkit meneruskan langkah perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata,
Padamu ku meminta,
Segalanya dari Mu.



kenali dan fahami diri sendiri sebelum mengenali orang lain.



Matlamat perlu jelas. Kejar impian anda. Be POSITIVE.
Take it easy. Moga SUKSES dunia akhirat.



Terima kasih kepada anda.
20.12.11
12.42 am

No comments: